Situasi terkini 16 Jun 2020 #COVID19 di Malaysia : Sebanyak 11 kes baru menjadikan jumlah keseluruhan 8,505 kes.

Daripada 11 kes baru, 4 kes adalah penularan tempatan bagi warganegara, 6 kes bukan warganegara manakala 1 kes lagi adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

333 kes telah pulih menjadikan 7,733 pesakit telah pulih dan discaj.

Tiada kes kematian dicatatkan menjadikan jumlah keseluruhan kematian sebanyak 121 kes.

Jangan risikokan diri anda dan keluarga jangkitan COVID19. Patuhi Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan yang ditetapkan.

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai PKPP boleh hubungi hotline 03-88882010.

#KitaMestiMenang
#COVID19malaysia
#COVID19
#PerintahKawalanPergerakanPemulihan
#PKPP
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Noor Hisham Abdullah
Jabatan Perdana Menteri