Situasi terkini 20 Jun 2020 #COVID19 di Malaysia : Sebanyak 21 kes baru menjadikan jumlah keseluruhan 8,556 kes.

Daripada 21 kes baru, 12 kes adalah penularan tempatan bagi warganegara, 7 kes bagi bukan warganegara manakala 2 kes lagi adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

76 kes telah pulih menjadikan 8,146 pesakit telah pulih dan discaj.

Tiada kes kematian dicatatkan menjadikan jumlah keseluruhan kematian sebanyak 121 kes.

Jangan risikokan diri anda dan keluarga jangkitan COVID19. Patuhi Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan yang ditetapkan.

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai PKPP boleh hubungi hotline 03-88882010.

#KitaMestiMenang
#COVID19malaysia 
#COVID19
#PerintahKawalanPergerakanPemulihan
#PKPP
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 
Noor Hisham Abdullah 
Jabatan Perdana Menteri