KESIHATAN

Kesihatan yang baik merupakan aspek yang penting dalam kehidupan. Kerajaan telah menyediakan kemudahan-kemudahan dalam bidang kesihatan bagi membantu meringankan beban rakyat. Sebagai sebuah perkampungan yang terletak berhampiran dengan Pekan Banting, Kanchong Darat tidak terkecuali menerima pelbagai kemudahan kesihatan tersebut.

HOSPITAL KERAJAAN

HOSPITAL DAERAH BANTING

Alamat :
Hospital Banting, Jalan Sultan Alam Syah,
42700 Banting, Kuala Langat, Selangor

Telefon :
03 – 31871333 / 1142 / 9213 / 9214 / 2405 / 2406

Faks :
03 – 31818834 / 1153

Laman Sesawang :
http://hbanting.moh.gov.my

Waktu Operasi :
Isnin – Jumaat
(Waktu pejabat)
*kecuali perkhidmatan kecemasan 24 jam setiap hari

Sejarah Penubuhan

Hospital ini mula beroperasi pada 8 Oktober 1974.
Dirasmikan oleh DYMM Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Ibni Almarhum Sultan
Hisamuddin Alam Shah Al-Haj pada 6 Februari 1975.
Mempunyai 6 wad dengan jumlah katil sebanyak 151 buah.
Taraf sebagai hospital berpakar dengan beban kerja yang rendah.

                      Perkhidmatan yang disediakan :

                      * Perkhidmatan Kecemasan.
                      * Perkhidmatan Pemulihan (Fisioterapi).
                      * Perkhidmatan Haemodialisis.
                      * Rawatan Pesakit Luar.
                      * Rawatan Pesakit Dalam.
                      * Perkhidmatan Pakar - (dengan rujukan sahaja)
                      * Perubatan Am
                      * Pembedahan Am
                      * Peadiatrik (Kanak-kanak)
                      * Obstetrik (Perbidanan)
                      * Ginekologi (Sakit Puan)
                      * Ortopedik (Tulang)
                      * Oftalmologi (Mata)
                      * Otorinolaringologi (Telinga,Hidung & Tekak)
                      * Psikiatri
                      * Dermatologi*

                      Anugerah yang Diterima :

                      Hospital ini dianugerahkan Persijilan MS ISO 9001 (versi 2000) oleh SIRIM QAS International                           Sdn Bhd untuk tempoh masa 3 tahun bermula 20 Mei 2005 hingga 19 Mei 2008.

 

HOSPITAL BERHAMPIRAN

HOSPITAL BESAR TENGKU AMPUAN RAHIMAH, KLANG, SELANGOR

Alamat :
Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Jalan Langat,41200 Klang, Selangor

Telefon :
03-3375 7000

Faks :
03-3372 9089

Laman Sesawang :
http://htar.moh.gov.my