USAHAWAN PERNIAGAAN BERBENTUK PERKHIDMATAN MENGAIT BAG, KASUT, SARUNG BOTOL AIR DAN DLL

 

Nama Nur Amalina Binti Suardi
Umur  30 Tahun
Ahli  31 Januari 2020

 

Latar Belakang 

Merupakan seorang anak muda yang telah berpatah semangat untuk mencari kerja dengan menimba pengetahuan berlainan dari yang telah dipelajari Kejuruteraan Elektrik di Politeknik namun dalam masa yang ingin menambah pendapatan untuk berkahwin. Namun kini telah menceburkan diri dalam bidang mengait benang untuk dihasilkan menjadi sesuatu produk.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet  

Sebelum penggunaan ICT, Puan Amalina banyak menjual beliau secara offline di rumah, tempahan rakan-rakan, menjual di bazar atau car booth sale. Pada mulanya pendapatan beliau adalah sekitar RM500 sebelum tanpa promosi menggunakan teknologi.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet 

Setelah terlibat dengan ICT, promosi perniagaan dijalankan dengan lebih giat menggunakan Facebook, Instagram dan group Whatsapp untuk memberi pengenalan mengenai produk-produk sambil menjual. Setelah promosi dijalankan menggunakan laman sosial, pendapatan beliau meningkat dari RM500 sehingga RM2,000 sebulan.