USAHAWAN PERNIAGAAN MENJUAL SENI KRAFTANGAN MENGAIT

 

Nama Nur Amalina Binti Suardi
Umur  30 Tahun
Ahli  31 Januari 2020

 

Latar Belakang 

Merupakan seorang anak muda yang telah berpatah semangat untuk mencari kerja dengan menimba pengetahuan berlainan dari yang telah dipelajari Kejuteraan Elektrik di Politeknik namun dalam masa yang ingin menambah pendapatan untuk berkahwin. Namun kini telah menceburi diri dalam bidang mengait benang untuk dihasilkan menjadi sesuatu produk.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet  

Sebelum penggunaan dan terlibat menggunakan ICT, Pn Amalina menggunakan kafe siber yang terletak di kampung namun tidak selesa menggunakan talian internet di sana kerana terlalu padat dengan pengguna dan penggunaan internet tidak bertapis. Penggunaan internet di sana hanya untuk permohonan pekerjaan dan cetakan resume sahaja.

Selepas Pengunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet 

Setelah terlibat dengan ICT dan keusahawanan di Pusat Internet Kanchong Darat, Pn Amalina mula menggunakan kemudahan PI dan mengikuti aktivit berunsurkan keusahawanan untuk menigkatkan jualan produknya. Beliau juga dapat membina Facebook Pages serta membina akuan perniagaan Shopee melalui bengkel yang diadakan di PI Kanchong Darat.