USAHAWAN PERNIAGAAN EJEN TUPPERWARE DAN RATASYA KOSMETIK 

 

Nama Siti Khairatul Razifa Binti Basar
Umur  31 Tahun
Ahli  29 Julai 2020

 

Latar Belakang 

Merupakan suri rumah yang telah meletakkan jawatan bagi menumpukan masa kepada anak-anak disamping menjana pendapatan dengan menjadi ejen Tupperware dan Ratasya Kosmetik.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet  

Sebelum penggunaan dan terlibat menggunakan ICT, kurang mahir menggunakan peralatan seperti komputer dan perisian untuk memudahkan urusan perniagaan beliau.

Selepas Pengunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet 

Setelah terlibat dengan program dan aktiviti ICT di Pusat Internet Komuniti Kanchong Darat, Pn Siti Khairatul Razifa mempelajari pelbagai ilmu dan kemahiran ICT untuk meningkatkan jualan dan keuntungan produk.