USAHAWAN PERNIAGAAN BERBENTUK PERKHIDMATAN BAKERI DAN PASTRI SAMBIL MENGAMBIL UPAH MENJAHIT BAJU DAN KRAFTANGAN

 

Nama Azaniah Binti Hasan
Umur  48 Tahun
Ahli  31 Januari 2020

 

Latar Belakang 

Pn Azaniah mempuanyai sijil kemahiran dalam bidang bakeri dan pastri serta sijil kemahiran dalam jahitan. Dengan kemahiran serta pengetahuan yang telah dipelajari, beliau telah menjalankan perniagaan berbentuk bakeri dan pastri serta jahitan baju.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet  

Sebelum penggunaan ICT, Pn Azaniah mendapat tempahan jahitan atau bakeri dan pastri melalui rakan-rakan serta saudara mara. Pendapatan bersih beliau dalam sebulan di dalam anggaran RM1,000 sebulan.

Selepas Pengunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet 

Setelah terlibat dengan ICT, Pendapatan beliau meningkat kepada RM1,800-RM2,000 sebulan dengan mempromosi produk serta perkhidmatan menjahit baju melalui bengkel-bengkel yang disertai dengan tenaga pengajar sama ada jahitan atau bakeri dan pastri.