MEMPELAJARI ASAS MS OFFICE 2010 (WORD, POWER POINT)

Nama  Chua Eng Kok 
Umur 45 Tahun 
Ahli 1 Disember 2017

 

Latar Belakang

En Chua merupakan seorang ketua keluarga yang mempunyai dua orang anak dan seorang isteri. Penggunaan komputer yang kurang dalam kehidupan seharian menyebabkan beliau tersedar bahawa sekurang-kurangnya beliau perlu mempunyai kemahiran dalam penggunaan ICT. 

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibat PI1M

En Chua mempunyai seorang anak yang sedang bersekolah rendah dan anak beliau akan merujuk kepada sekiranya tidak memahami berkenaan sesuatu. Namun, pada suatu hari anaknya telah bertanya berkenaan ICT dan beliau tidak dapat menjawab persoalan tersebut. Hal ini adalah disebabkan beliau memang kurang menggunakan dan aplikasikan ICT di dalam urusan harian dan kerja. 

Selepas Penggunaan ICT / Penglibat PI1M

Beliau pernah menghadiri sebuah bengkel di Pi1M Kanchong Darat berkenaan pengisian aplikasi COMBI bagi wakil taman. Jadi beliau mengambil inisiatif untuk mempelajari ICT di Pi1M Kanchong Darat dengan segera agar beliau boleh menjawab persoalan sekiranya anak beliau bertanya berkenaan ICT. Di samping itu juga beliau boleh mengaplikasikan penggunaan ICT di rumah kerana beliau telah mempunyai sebuah komputer di rumah untuk kegunaan di rumah sekiranya perlu. Setelah mempelajari di PI1M, beliau selalu membuat latihan di rumah dan mencuba sesuatu yang baru.