USAHAWAN PERNIAGAAN BAHAN MENTAH UNTUK MEMBUAT KEREPEK 

 

Nama Mohd Izzat Faiz Bin Mohd Yusof 
Umur  32 Tahun
Ahli  15 December 2014

 

Latar Belakang 

En Mohd Izzat Faiz merupakan seorang usahawan yang mempunyai semangat dan keinginan untuk mengubah nasib keluarga beliau walaupun beliau menuntut di pengajian tinggi namun, beliau mahu membantu ibu dan ayahnya untuk mengubah nasib perniagaan mereke.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet  

Sebelum penggunasan ICT dan penglibatan di Pusat Internet Kanchong Darat, En Mohd Izzat Faiz hanya mengharapkan pelanggan-pelanggan lama dari ibu dan ayahnya yang terdiri dari sanak saudara, jiran dan kenalan saudara mereka. Pendapatan boleh diperoleh adalah dalam sekitar RM15.000 sehingga RM20.000 sebulan namun dalam masa yang sama perlu membayar gaji pekerja, membeli barangan mentah dan lain-lain.

Selepas Pengunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet 

Setelah mempromosikan perniagaan melalui media sosial, mengikut sebarang kursus dan latihan berkaitan perniagaan, beliau mula mengorak langkah sebagai salah seorang usahawan contoh di Kanchong Darat dan pendapatan beliau boleh mencecah sehinggan RM50,000 sehingga RM90,000 sebulan, Sekiranya musim perayaan tiba, pendapatan perniagaan mereka akan berlipat kali ganda bertambah.