USAHAWAN PERNIAGAAN EJEN DROPSHIP PELBAGAI PRODUK 

 

Nama Pn Rahmatulaznie Binti Abdul Raman
Umur  32 Tahun
Ahli  28 Febuari 2018

 

Latar Belakang 

Pn Siti Rahmatulaznie merupakan surimah yang menjalankan perniagaan secara dropship bagi pelbagai prosuk agar dapat menampung dan menambah pendapatan keluarga beliau.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet  

Sebelum Pn Siti Rahmatulaznie menggunakan kemudahan dan aktiviti serta program di Pusat Internet apabila diperkenalkan oleh rakannya dan juga beliau mengetahui daripada laman sosial iaitu Facebook. Platform yang digunakan oleh beliau untuk mempromosikan produknya hanyalah melalui Facebook dan whatsapp. Pendapatan sebelum terlibat dengan Pusat Internet Kanchong Darat hanyalah sekitar RM250-RM400 sebulan.

Selepas Pengunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet 

Dengan mengikuti aktiviti dan kelas di Pusat Internet Kanchong Darat, Pn Siti Rahmatulaznie mempelajari pelbagai ilmu dan kemahiran untuk meningkatkan kemahiran dalam bidang keusahawanan. Setelah penglibatan beliau melalui Pusat Internet Kanchong Darat pendapatan beliau meningkat dari RM250 sebulan ke RM900 sebulan. Walaupuan peningkatan pendapatan masih di bawah RM1,000, namun sedikit sebanyak dapat membantu keluarga beliau.