MEMPELAJARI ASAS MS OFFICE & MS OFFICE EXCEL

Nama   Siti Rahmatulaznie Binti Abdul Raman 
Umur  32 Tahun 
Ahli 28 Febuari 2018

 

Latar Belakang

Pn Siti Rahmatulaznie merupakan seorang suri rumah yang mempunyai seorang anak lelaki yang telah bersekolah rendah di sekitar Kanchong Darat. Beliau mempelajari ilmu teknologi dan maklumat anak beliau yang masih bersekolah rendah dalam menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru di sekolah sambil mengajar anaknya.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet

Sebelum Pn Rahmatulaznie mula melibatkan diri dengan penggunaan ICT dan penglibatan di Pusat Internet, beliau jarang ambil tahu mengenai penggunaan peralatan komputer dan laman sesawang yang biasa anak-anak sekolah akan gunakan.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet

Dengan mengikuti aktiviti dan kelas di Pusat Internet Kanchong Darat, Pn Rahmatulaznie mempelajari pelbagai ilmu dan kemahiran untuk menigkatkan produktiviti di dalan diri beliau. Semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh beliau untuk meningkatkan diri dalam penggunaan ICT amatlah dikagumi. Usaha dan kegigihan melahirkan niat yang dapat digunakan oleh beliau di masa hadapan sama ada untuk diri atau keluargannya.