USAHAWAN PERKHIDMATAN BAIK PULIH TELEFON PINTAR

 

Nama Muhammad Afiq Bin Nazim
Umur  19 Tahun
Ahli  16 April 2017

 

Latar Belakang 

Adik Muhammad Afiq Bin Nazim merupakan seorang pelajar dan usahawan yang minat dalam baik pulih telefon pintar walaupun masih bergelar seorang pelajar.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet  

Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan di Pusat Internet Kanchong Darat, pelangan-pelangan adik Muhammad Afiq adalah terdiri daripada rakan sekelas dan rakan sekolah beliau. Promosi perkhidmatan beliau hanyalah sekadar dari mulut ke mulut pelangannya. Pendapatan beliau hanya sekadar RM300-RM500 sebulan.

Selepas Pengunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet 

Setelah beliau mengikuti aktiviti dan program yang dijalankan di Pusat Internet dalam kemahiran keusahawanan, beliau telah mengaplikasikan teknik dan cara dalam meningkatkan perniagaan yang beliau jalankan di mana pendapatan beliau RM300 boleh mencecah RM1000 sebulan.