USAHAWAN PERKHIDMATAN RUMAH INAPAN ATAU HOMESTAY

 

Nama Muhammad Alif Bin Rahim
Umur  27 Tahun
Ahli  22 September 2018

 

Latar Belakang 

Merupakan seorang anak muda yang mempunyai semangat dalam mencuba segala bidang perniagaan dan yang berjaya salah satunya adalah rumah inapan.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet  

Sebelum penggunaakan ICT, Encik Muhammad Alif menceburi pelbagai bidang perniagaan antaranya menjadi pengedar barangan/produk baru, menjadi ejen XOX, namun yang mendapat sambutan adalah menyediakan perkhidmatan rumah inapan yang terletak di Tongkah Morib, Banting. Pada mulanya pendapatan beliau adalah sekitar RM150 sebulan tanpa promosi menggunakan teknologi.

Selepas Pengunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet 

Setelah terlibat dengan program serta aktiviti di Pusat Internet Kanchong Darat, Encik Muhammad Alif dapat memahami konsep untuk mengembangkan dan mempromosikan perniagaan yang dijalankan beliau ketika mengikuti program kemahiran keusahawan di Pusat Internet Kanchong Darat.

Apabila mengikuti aktiviti di Pusat Internet Malaysia, perniagaan beliau mula mendapat perhatian tidak kia sama ada dari dalam daerah atau dari luar daerah. Beliau telah menggunakan medium laman sosial, Dashboard Komuniti (MyShop), instagram, dan Facebook Page. Setelah promosi dijalankan menggunakan laman sosial serta sebaran dari mulut ke mulut oleh pelanggan yang pernah menginap di Homestay Alif, pendapatan beliau meningkat dari RM150 sehingga mencecah RM1,000 sebulan.