USAHAWAN PERNIAGAAN BERBENTUK CENDERAHATI DAN MAKANAN BASAH

 

Nama Saripah Zam Binti Syed Bakri
Umur  58 Tahun
Ahli  14 Mei 2019

 

Latar Belakang 

Merupakan seorang wanita yang mempunyai perniagaan miliknya dalan menghasilkan makanan basah antarnya pulut kuning dan rendang serta makanan ini juga boleh dihasilkan untuk doorgift atau perkahwinan.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet  

Sebelum penggunaaan ICT, Puan Saripah Zam menerima tempahan hanya dari kalangan rakan, jiran dan juga saudara mara serta tempahan adalah mengikut musim. Pendapatan yang diterima beliau sebulan kadang-kadang tidak banyak. Dalam lingkungan RM150-RM250 sebulan.

Selepas Pengunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet 

Setelah terlibat dengan program serta aktiviti di Pusat Internet Kanchong Darat, Puan Saripah Zam memahami konsep perniagaan yang perlu diaplikasikan kepada produk dan perniagaan beliau. Apabila mengikuti aktiviti di Pusat Internet peniagaan beliau mula mendapat tempahan dari dalam dan juga luar daerah Kuala Langat. Pendapatan beliau meningkat dari RM150 sehinggan RM800 sebulan.