USAHAWAN PERNIAGAAN DROPSHIP PRODUK MAKANAN KERING

 

Nama Nor Aznita Binti Sewat
Umur  46 Tahun
Ahli  23 September 2017

 

Latar Belakang 

Puan Aznita merupakan seorang suri rumah yang tinggal bersama seorang suami yang telah kehilangan upaya semasa bekerja dan 4 orang anak beliau.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet  

Sebelum terlibat dengan Pusat internet Puan Aznita banyak menggunakan telefon pintar beliau di rumah selalu kehabisan data setelah menggunakan internet. Beliau menggunakan internet untuk berkomunikasi bersama rakan disamping mencari pendapatan tambahan dengan menjadi ejen dropship produk. Sebelum terlibat dengan PI Internet Kanchong, pendapatan yang dimiliki dalam sebulan adalah di dalam anggaran Rm50-RM200.

Selepas Pengunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet 

Setelah mengenali Pusat Internet melalui Program Hari Bersama Komuniti yang dianjurkan, Puan Aznita lebih mengikuti aktiviti dan menggunakan kemudahan di Pusat Internet dengan efisyen serta dapat membahagikan masa beliau antara keluarga dan urusan harian. Setelah penglibatan beliau dengan Pusat Internet, pendapatan beliau meningkat sekali ganda.