USAHAWAN PERNIAGAAN MENTERNAK LEMBU UNTUK DIJADIKAN JUALAN DAGING

 

Nama Azlynda Eril Binti Samsudin
Umur  45 Tahun
Ahli  15 Disember 2017

 

Latar Belakang 

Merupakan seorang suri rumah namun sentiasa mencari jalan untuk menjana pendapatan dari tidak membuat apa-apa dirumah. Antara jualan yang dibuat adalah menjual pes rendang cili padi, ketupat palas frozen serta menjual daging dan lembu untuk dijadikan korban atau kenduri.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet  

Sebelum penggunaan ICT, Pn Azlynda hanya menjual di kalangan orang kampung dan kenalan serta rakan lama. Pendapatan beliau hanyalah sekitar RM1,500 sebulan.

Selepas Pengunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet 

Setelah penglibatan dan menimba ilmu melalui PI Kanchong Darat dengan menjual lembu dan daging serta rendang cili padi dan ketupat palas frozen, pendapatan beliau meningkat kepada RM5,000 sebulan. Kaedah yang digunakan antaranya promosi melalui Facebook Group, Whatsapp Group dan googlesites.