USAHAWAN PERNIAGAAN MENJUAL ANEKA SAYURAN DAN BUAHAN

 

Nama Sazlizawati Binti Mudagir
Umur  41 Tahun
Ahli  22 September 2018

 

Latar Belakang 

Seorang ibu tunggal yang mempunyai seorang anak perempuan yang sedang melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi dan berusaha membantu dalam dana pendididkan anak nya dengan melakukan penjualan aneka sayuran dan buahan di tepi jalan.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet  

Sebelum melibatkan diri dengan Pusat Internet, Puan Sazlizawati membuat pelbagai pekerjaan untuk menampung kehidupannya dan anaknya dan pendapatan yang diterima adalah berbentuk gaji harian dalam anggaran RM30 sehari.

Selepas Pengunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet 

Setelah mengikuti aktiviti di Pusat Internet, barulah Puan Sazlizawati mengetahui teknik untuk menjana pendapatan antaranya beliau telah terlibat dalam penanaman dan penjualan aneka sayuran dan buahan. Kini pendapatan beliau dalam sehari adalh lebih kurang RM500.