USAHAWAN PERNIAGAAN MENJUAL ANEKA SAYURAN DAN BUAHAN

 

Nama Sazlizawati Binti Mudagir
Umur  41 Tahun
Ahli  22 September 2018

 

Latar Belakang 

Puan Sazlizawati merupakan seorang ibu tunggal yang mempunyai seorang anak perempuan yang sedang melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi dan berusaha membantu dalam dana pendididkan anak nya dengan melakukan penjualan aneka sayuran dan buahan di tepi jalan.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet  

Puan Sazlizawati jarang menggunakan teknologi dan penggunaan teknologi hanya melalui telefon pintar miliknya. Asas penggunaan teknologi untuk urusan harian adalah terhad dan beliau sangat berhati-hati semasa menggunakan teknologi.

Selepas Pengunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet 

Setelah terlibat dengan Pusat Internet, beliau yakin untuk menggunakan teknologi namun masih berwaspada. Beliau menggunakan teknologi untuk mengembangkan perniagaan dan mempromosi mengenai produk beliau. Disamping itu, beliau juga mempelajari ilmu baru mengenai suntungan video melalui Adobe Primier dan penggunaan Dashboard Komuniti.