USAHAWAN PERNIAGAAN PERKHIDMATAN MENERIMA TEMPAHAN KRAFTANGAN

 

Nama Palaniammah A/P Periasamy
Umur  54 Tahun
Ahli  23 September 2015

 

Latar Belakang 

Seorang wanita yang berusaha ingin meningkatkan kemahiran dan pendapatan keluarga dengan menjalankan perkhidmatan gubahan kraf dan pengukiran serta menjadi salah seorang guru mengajar mengikut kemahiran yang diketahui.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet  

Sebelum penggunaan ICT, Puan Palaniammah menerima tempahan dikalangan rakan  setaman dan juga rakan sebangsa. Pendapatan yang diperolehi oleh beliau hanyalah sekitar RM 150 sehingga RM300 sebulan.

Selepas Pengunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet 

Setelah penglibatan dan menimba ilmu melalui PI Kanchong Darat dengan menjalankan perniagaan serta dapat menjadi tenaga pengajar bagi program komuniti, pendapatan beliau meningkat kepada RM1,000 sebulan. Kaedah yang digunakan antaranya promosi melalui Facebook Group dan Whatsapp Group. Disamping itu juga, beliau banyak menyertai program yang dianjurkan di sekitar untuk menambah rangkaian perniagaan.