TIP RAMADHAN- KEKAL BERTENAGA SEPANJANG BERPUASA
Makanan yang lambat dicernakan dapat memberi rasa kenyang yang lebih lama dan memberi tenaga sepanjang berpuasa.
Karbohidrat kompleks seperti nasi, mi, roti, bihun merupakan sumber tenaga utama.

Makanan yang tinggi serat mengenyangkan dan melambatkan rasa lapar kerana ia mengambil masa yang lebih lama untuk dicernakan.

Pengambilan sumber protein seperti ikan, ayam, daging dan kekacang penting kerana struktur protien yang lebih kompleks juga memberi rasa kenyang..

Selain itu,

-Minuman berkafein akan menyebabkan dehidrasi (cepat rasa dahaga/ kehilangan air daripada badan) semasa berpuasa.
-Air kosong diutamakan, namun jus buah atau susu rendah lemak juga boleh diambil semasa bersahur.

#Ramadhankareem
#stayathome
#bertenagaketikaberpuasa
#InfopemakananKKM
#NutritionistKKM