Semua pengawal keselamatan warga asing diwajibkan menjalani ujian saringan COVID-19. Langkah itu diputuskan kerana pengawal keselamatan mempunyai kontak rapat dengan orang ramai terutama yang bekerja di tempat kunjungan ramai seperti pasar raya besar.
Sebelum ini kerajaan menetapkan semua pekerja warga asing diwajibkan menjalani ujian saringan COVID-19 dengan pekerja sektor pembinaan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor diutamakan.

KKM mengenal pasti kluster baharu membabitkan pengawal keselamatan pusat beli-belah di Cheras.

Sumber: MKN /KKM

#COVID19
#Jarak1meter
#CuciTangan