SEKOLAH

Sekolah Agama Menengah Unwanus Saadah 

Sekolah Agama Menengah Unwanus Saadah (SAMUS) Kanchong Darat

    Sekolah Menengah Agama Unwanus Saadah Kanchong Darat atau lebih dikenali sebagai SAMUSKD merupakan salah sebuah sekolah yang terdapat di Kampung Kanchong Darat. Dibina pada tahun 1946, sekolah ini merupakan hasil inisiatif yang diusahakan oleh Tuan Haji Ibrahim Bin Haji Ismail, Raja Haji Daud bin Raja Haji Busu, serta Haji Usman bin Haji Taib. Pada peringkat awal, sekolah ini dikenali dengan nama Madrasah Unwanus Saadah dan dibina berhampiran dengan Masjid Jamek Kanchong Darat. Namun setelah Jabatan Agama Islam Selangor mengambil alih pengurusan sekolah, nama Madrasah Unwanus Saadah telah ditukar kepada Sekolah Agama Menengah Rendah Unwanus Saadah.

     Tapak sekolah ini telah dipindahkan ke kawasan Sekolah Rendah Agama Kanchong Darat, dan kemudiannya dibina semula di kawasan KM 39, Kanchong Darat. Pada peringkat awal, sekolah ini hanya menerima pelajar-pelajar menengah rendah. Namun bermula pada tahun 1989, Sekolah Agama Menengah Rendah Unwanus Saadah telah membuka tawaran mengambil pelajar-pelajar tingkatan 5. Bermula dari saat itu, nama Sekolah Agama Menengah Rendah Unwanus Saadah telah ditukar kepada Sekolah Agama Menegah Unwanus Saadah.

      Pada tahun 1998, Sekolah Agama Menengah Unwanus Saadah telah menempa sejarah yang tersendiri apabila dianugerahkan sijil MS ISO 9002 oleh pihak SIRIM Berhad bagi mengiktiraf mutu pengurusan dan pentadbiran sekolah. Hal ini disifatkan sebagai rekod pertama di Malaysia kerana buat pertama kalinya sekolah agama di negara ini berjaya mendapat sijil kualiti tersebut.

      Dengan motto ‘Akademik Cemerlang, Sahsiah Gemilang, SAMUSKD Terbilang’, Sekolah Agama Menengah Unwanus Saadah Kanchong Darat terus mengorak langkah dalam usaha membangun potensi individu melalui pendidikan berkualiti. 


INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPT)

 

Kolej Komuniti Kuala Langat

bkkla

      Kolej Komuniti Kuala Langat merupakan sebuah institusi pendidikan tinggi yang terdapat di daerah Kuala Langat. Penubuhan Kolej Komuniti Kuala Langat telah didorong oleh Memorandum No. 398/2225/00 yang telah dikemukakan oleh Menteri Pendidikan tentang konsep penubuhan dan pelaksanaan Kolej Komuniti di setiap kawasan parlimen dan telah dipertimbangkan oleh Jemaah Menteri pada 5 Julai 2000. Matlamat utama penubuhan kolej komuniti adalah bagi menyediakan keperluan latihan dan kemahiran pada semua peringkat dan memberi peluang pendidikan kepada lepasan menengah sebelum ke pasaran tenaga kerja atau melanjutkan pendidikan ke peringkat lebih tinggi. Pada peringkat permulaan, sebanyak 12 buah kolej komuniti rintis telah mula beroperasi di seluruh negara pada tahun 2001, manakala selebihnya ditubuhkan secara berperingkat-peringkat melalui Rancangan Malaysia Kesembilan.

      Melalui persetujuan Jemaah Menteri, Kolej Komuniti Kuala Langat adalah diantara 34 buah Kolej Komuniti yang ditubuhkan pada 1 Mac 2003. Kolej Komuniti Kuala Langat mula beroperasi di kampus sementara di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Banting, Jalan Persiaran Majlis, Banting pada 1 April 2003.. Seramai 50 orang pelajar rintis telah memulakan pengajian di kampus sementara ini pada 17 Jun 2003. Kolej Komuniti Kuala Langat menawarkan dua kursus peringkat sijil iaitu Sijil Teknologi Maklumat dan Sijil Perakauan Perniagaan untuk pengambilan pertama. Kursus Sijil Teknologi Elektrik (Pemasangan), Sijil Pembuatan Perabot dan Sijil Pelancongan dan Pengembaraan mula ditawarkan bagi kemasukkan pelajar sesi Jun 2004.

 

       Kini, Kolej Komuniti Kuala Langat beroperasi di kampus induk yang terletak di Jalan Ubi, Jugra, Banting. Di samping menawarkan kursus-kursus jangka panjang, Kolej Komuniti Kuala Langat juga menjalankan kursus-kursus jangka pendek bersesuaian dengan permintaan daripada komuniti setempat. Kursus-kursus jangka pendek ini diadakan pada setiap hari Sabtu, merangkumi pelbagai bidang.

 

 

 

Kolej Matrikulasi Selangor

     

      Mula dibina pada tahun 2008, Kolej Matrikulasi Selangor merupakan kolej matrikulasi ketiga belas di bawah kendalian Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia. Program matrikulasi merupakan program pra-universiti bagi pelajar-pelajar lepasan SPM sebelum mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di universiti. Program yang sebelum ini dilaksanakan oleh pihak IPTA kemudiannya telah diambil oleh Kementerian Pelajaran Malaysia secara berperingkat. Hal ini bertuan bagimenyelaras dan menyeragamkan pelaksanaan program tersebut.

 

       Kolej Matrikulasi Selangor mula beroperasi pada bulan Mei 2010 apabila bermulanya sesi akademik 2010/2011. Kolej ini menawarkan dua jenis kursus, iaitu kursus Sains dan kursus Perakaunan.  Bagi kursus Sains, terdapat tiga jenis modul yang ditawarkan. Modul I, subjek terasnya adalah Kimia, Fizik, Biologi, dan Matematik. BagiModul II, subjek terasnya adalah Kimia, Fizik, Sains Komputer, dan Matematik. Manakala bagi Modul IIIsubjek terasnya adalah Kimia, Biologi, Sains Komputer, dan Matematik). Sementara itu, bagi kursus Perakaunan, subjek terasnya adalah Ekonomi, Perakaunan, Pengurusan Perniagaan dan Matematik. Selain subjek-subjek teras yang ditawarkan dalam setiap kursus, terdapat juga subjek-subjek tambahan seperti Kemahiran Dinamika, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam dan kokurikulum.

 

      Dibina di kawasan seluas 90 ekar di Kampung Kathong, Mukim Jugra, Banting, Kolej Matrikulasi Selangor menempatkan kira-kira 5000 orang pelajar di lima buah blok kediaman yang disediakan, iaitu Polaris, Vega, Mira (blog perempuan), Capella dan Canopus (blog lelaki). Selain itu, Kolej Matrikulasi Selangor mempunyai sebuah dewan besar yang dikenali sebagai Dewan Antares, dua buah dewan kuliah besar, empat buah dewan kuliah kecil, tiga buah kafetaria iaitu Orion (pelajar lelaki), Lyra dan Carina (pelajar perempuan). Kolej Matrikulasi juga mempunyai Surau As-Sufi yang turut menjadi tumpuan masyarakat setempat untuk menunaikan Solat Jumaat. Antara kemudahan lain termasuklah perpustakaan, kedai buku, padang (bola sepak dan bola jarring), bilik gymnasium, bilik menari, bilik jamming, gelanggang (bola keranjang, badminton, skuasy, sepak takraw dan bola tampar), mesin ATM, kemudahan basikal untuk tujuan riadah dan sebagainya.

 

 

Institut Latihan Perindustrian Kuala Langat

 

        Bagi melahirkan golongan berkemahiran dalam bidang perindustrian, terutamanya dalam bidang teknologi maklumat, Jabatan Tenaga Manusia di bawah Kementerian Sumber Manusia telah menubuhkan  Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Langat. Mula dibina pada awal Februari 2003 di atas tanah ladang kelapa sawit seluas 60 ekar dan siap sepenuhnya pada 11 Ogos 2004.

 

       Terletak kira-kira 4 kilometer dari Pekan Banting, Institut Latihan Perindustrian Kuala Langat ini ditubuhkan bagi melahirkan tenaga mahir untuk memenuhi keperluan sekotr perindustrian Negara, meninggikan kemahiran pekerja industri bagi membolehkan mereka member sumbangan yang lebih berkesan ke arah pembangunan negara, di samping memudahkan para lepasan sekolah mendapat pekerjaan dengan melengkapkan mereka dengan kemahiran perindustrian melalui latihan yang bersistematik.

 

     Antara kemudahan yang disediakan di ILP Kuala Langat ialah pusat sumber, auditorium, bengkel, asrama lelaki dan perempuan, rumah kakitangan, surau, kafetaria, kompleks sukan, makmal, bilik kuliah dan sebagainya. Antara keistimewaan yang bakal dinikmati oleh para pelajar yang melanjutkan pelajaran di ILP Kuala Langat ialah elaun sara diri sebanyak RM100 sebulan, elaun sara diri sebanyak RM300 sebulan sepanjang menjalani latihan industri