Istana Alaeddin atau lebih dikenali dengan nama Istana Bandar adalah antara monumen-monumen sejarah di Kampung Bandar yang masih lagi wujud sehingga kini selain Masjid Bandar Nama Istana Alaeddin ini diberi sempena mengambil nama Almarhum Sultan Sir Alaeddin Suleiman Shah Ibni Almarhum Raja Muda Musa, Sultan Selangor ke 5 (1898 - 1938)

Istana ini telah didirikan oleh Almarhum Sultan Alaeddin Suleiman Shah pada awal zaman pemenrintahannya iaitu 1899 di Kampung Bandar lebih kurang 8 batu atau 13 kilometer dari pekan Banting, Kuala Langat dan juga terletak bersebelahan dengan Masjid Alaeddin Bandar.