Tarikh & Hari  23 Oktober 2022 (Ahad)
Masa  10.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi  PEDi Kanchong Darat 
Peserta  3 Orang 

 

Tujuan 

Dalam menghasilkan video yang baik, perlu melalui beberapa proses penyuntingan. Editing video adalah perisian asas yang digunakan untuk perisian asas kerana ia memudahakan serta cepat. Pembelajaran lebih baik dan video siap setelah sumber/bahan lengkap.

Aktiviti 

Petugas memberi penerangan cara menangkap gambar menggunakan fotobooth yang disediakan. Selepas itu, peserta diberi tugasan untuk membuat editing gambar dan video dengan menggunakan telefon pintar.

Gambar Disini


 

Tarikh & Hari  19 Oktober 2022 (Rabu) 
Masa  10.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi  PEDi Kanchong Darat 
Peserta  7 Orang 

 

Tujuan 

Seramai 7 orang penduduk sekitar Kuala Langat telah hadir mengikuti bengkel online multimedia menyunting gambar produk menggunakan canva.com dan pacsart untuk dimasukkan ke dalam akaun perniagaan. Kelas kemahiran komputer ini diadakan untuk belia dari kalangan ahli PEDi Kanchong Darat, bertujuan untuk membantu peserta menambah kemahiran dalam penggunaan pelbagai aplikasi komputer.

Aktiviti 

Peserta belajar cara-cara menggunakan Tool seperti crop dan remove background untuk menyunting gambar. Petugas memberikan tunjuk ajar kepada peserta untuk mencari bahan-bahan seperti gambar dan teks untuk dimasukkan ke dalam akaun perniagaan.

Gambar Disini


 

Tarikh & Hari  11 Oktober 2022 (Selasa) 
Masa  10.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi  PEDi Kanchong Darat 
Peserta  2 Orang 

 

Tujuan 

Bengkel ini dihadiri oleh 2 orang peserta yang merupakan usahawan PEDi Kanchong Darat. Tujuan bengkel ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahairan usahawan tempatan supaya lebih maju dan berdaya saing dalam bidang teknologi maklumat dan pernggunaaan medium pemasaran produk melalui platform Shopee.

Aktiviti 

Para peserta bengkel mempelajari cara pengurusan pemasaran dan penghantaran tempahan produk di platform Shopee. Peserta diberikan penerangan tentang kegunaan dan kelebihan kaedah penjualan dalam Shopee. Petugas menunjukkan cara-cara untuk memuat naik produk Shopee dengan memasukkan keterangan dan cara-cara menguruskan kedai atas talian.

Gambar Disini


 

Tarikh & Hari  15 Oktober 2022 (Sabtu) 
Masa  11.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi  PEDi Kanchong Darat 
Peserta  10 Orang 

 

Tujuan 

Ianya bertujuan untuk memperkenalkan kepada pelajar tentang komponen-komponen komputer yang perlu diketahui dengan cara bermain "Word Search" ini. Peserta juga diuji dengan kemahiran berfikir untuk mencari perkataan yang tersembunyi dan aktiviti ini lebih menarik untuk peserta lakukan.

Aktiviti 

Peserta diminta membuka "Computer Word Search" pada carian google dan mereka mula mencari perkataan-perkataan yang tersembunyi. Peserta yang terpantas melengkapkan semua perkataan dalam Word Search akan dikira sebagai pemenang.

Gambar Disini


 

Tarikh & Hari  09 Oktober 2022 (Ahad)
Masa  9.30 pagi - 10.30 pagi
Lokasi  PEDi Kanchong Darat 
Peserta  10 Orang 

 

Tujuan 

Bengkel pembelajaran kali ini yang berasaskan permainan adalah bertujuan untuk mengenali huruf kecil dan besar dengan menggunakan laman sesawang permaiana online iaitu key tower. Bengkel ini dapat memberi pendedahan yang lebih baik dan mudah untuk difahami kepada peserta.

Aktiviti 

Dengan adanya laman permainan tersebut peserta hanya perlu menekan beberapa huruf seperti A,B,C untuk menjadikan sebuah tower. Didalam permainan tersebut akan lebih fokus dan ia boleh memudahkan lagi peserta untuk menghafal huruf dan nombor tersebut.

Gambar Disini