Tarikh & Hari  05 Mac 2023 (Ahad) 
Masa  2.30 petang - 4.30 petang
Lokasi  PEDi Kanchong Darat 
Peserta  1 Orang 

 

Tujuan 

PEDi Kanchong darat telah mula mengadakan kelas bersama peserta sekitar Kanchong Darat. Bengkel ini merupakan kelas editing video menggunakan canva.com. Canva.com merupakan salah satu aplikasi mencipta poster, logo dan lain-lain.

Aktiviti 

Bengkel ini adalah untuk mencungkil bakat dan melatih peserta menggunakan Canva untuk tujuan designer. Peserta diberi bimbingan penggunan Canva yang berkonsepkan drag and drop peserta mampu mencipta sesuatu menggunakan Canva tanpa perlu diberi bimbingan sepenuhnya oleh petugas. Peserta diberi tugasan untuk menyiapkan satu poster dan satu facebook post sebelum bengkel ditamatkan.

Gambar Disini


 

Tarikh & Hari : 01 Mac 2023 (Rabu)
Masa : 9.30 pagi - 12.30 tengahari
Lokasi : PEDi Kanchong Darat
Peserta : 3 orang

 

Tujuan

Pada 01 Mac 2023 pihak PEDi Kanchong Darat mengadakan Bengkel Keusahawanan Kursus Pengendalian Makanan secara atas talian yang dihadiri seramai 3 orang usahawan yang menglibatkan perniagaan pemakanan. Tujuan bengkel ini diadakan bertujuan memberi pendedahan mengenai pengurusan makanan.

Aktiviti

Penceramah memberi pendedahan kepada peserta mengenai pengurusan makanan, kebersihan makanan, sijil-sijil yang wajib sediakan dan jugak vakzin yang diperlukan kepada usahawan pemakanan. Dengan pendedahan yang diberikan peserta boleh menguruskan perniagaan peserta dengan baik,bersih dan selamat kepada semua pelangan.

Gambar Disini


 

Tarikh & Hari  19 Febuari 2023 (Ahad) 
Masa  10.00 pagi - 10.30 pagi
Lokasi  PEDi Kanchong Darat 
Peserta  1 Orang 

 

Tujuan 

Bengkel ini dihadiri oleh seorang pelajar sekolah rendah tahun 2. Tujuan bengkel ini diadakan supaya pelajar dapat mempelajari mengenai pembelajaran subjek matematik dalam abakus  di Youtube. Dengan ini dapat membantu pelajar sekolah mencari video berkenaan dengan pembelajaran di sekolah. Selain itu membantu mencari video ilmuan dan mendapat pengetahuan luas.

Aktiviti 

Peserta membuka laman sesawang Youtube dan membuka video mengenai pembelajaran matematik abakus dan dibantu oleh petugas.

Gambar Disini


 

Tarikh & Hari  22 Febuari 2023 (Rabu) 
Masa 

10.00 pagi - 1.00 petang 

Lokasi  PEDi Kanchong Darat 
Peserta  17 Orang 

 

Tujuan 

PEDi Kanchong darat telah mula mengadakan kelas secara bersemuka bersama peserta sekitar Kanchong Darat. Bengkel ini merupakan kelas editing menggunakan VN aplikasi dan pengenalan kepada aplikasi Paybli. VN aplikasi dan Paybli merupakan salah satu platform kepada usahawan untuk mempromosikan perniagaan dan lain-lain.

Aktiviti 

Bengkel ini adalah untuk mencungkil bakat dan melatih peserta menggunakan aplikasi VN dan Paybli untuk tujuan designer. Peserta diberi bimbingan penggunan aplikasi Paybli dan VN yang berkonsepkan drag and drop peserta mampu mencipta sesuatu menggunakan VN tanpa perlu diberi bimbingan sepenuhnya oleh petugas. Peserta diberi tugasan untuk menyiapkan satu poster dan satu facebook post sebelum bengkel ditamatkan.

Gambar Disini


 

Tarikh & Hari : 12 Febuari 2023 (Ahad)
Masa : 3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : PEDi Kanchong Darat
Peserta : 1 orang

 

Tujuan

Bengkel asas ICT bersama pelajar sekolah menengah seramai 3 orang pelajar. Kelas ini bertujuan untuk membantu pelajar dalam membuat slide perbentangan yang akan dibentangkan pada hari persekolahan. Ia dapat dikendalikan dengan jayanya oleh pertugas.

Aktiviti

Pelajar diberi penerangan cara penggunaan Microsoft Office Power Point dengan betul. Pelajar juga menerangkan cara mencari maklumat melalui internet serta cara insert gambar ke dalam Microsoft Power Point. Kelebihan bengkel ini adalah memberi pendedahan kepada asas ICT Microsoft Office serta asas internet. Melatih pelajar cara berfikir dan kreatif dengan membuat slide perbentangan.

Gambar Disini