Tarikh & Hari  05 Jun 2023 (Isnin) 
Masa  10.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi  PEDi Kanchong Darat 
Peserta  1 Orang 

 

Tujuan 

Mempromosikan perkihdmatan dan keberadaan Pusat Internet Komuniti Kanchong Darat. Seterusnya mempelajari cara mendaftar perniagaan secara online di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Selain itu dapat mengembangkan perniagaan usahawan tempatan.

Aktiviti 

Pendaftaran lesen SSM menggunakan sistem EZBIZ sangat pantas dengan hanya mengikut langkah pertama iaitu renewal selection, langkah kedua business detail, langkah ketiga make payment dan langkah yang keempat iaitu print sijil SSM.

Gambar Disini


 

Tarikh & Hari  02 Jun 2023 (Jumaat) 
Masa  3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi  PEDi Kanchong Darat 
Peserta  1 Orang 

 

Tujuan 

Pusat Ekonomi Digital Kanchong Darat telah mula mengadakan kelas secara bersemuka bersama seorang peserta sekitar Kanchong Darat. Bengkel ini merupakan kelas designer resume menggunakan canva.com. Canva.com merupakan salah satu aplikasi mencipta poster, logo dan lain-lain.

Aktiviti 

Bengkel ini adalah untuk mencungkil bakat dan melatih peserta menggunakan Canva.com untuk tujuan designer. Peserta diberi bimbingan penggunan Canva yang berkonsepkan drag and drop peserta mampu mencipta sesuatu menggunakan Canva.com tanpa perlu diberi bimbingan sepenuhnya oleh petugas. Peserta diberi tugasan untuk menyiapkan satu poster dan satu facebook post sebelum bengkel ditamatkan.

Gambar Disini


 

Tarikh & Hari  16 Mei 2023 (Selasa) 
Masa  3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi  PEDi Kanchong Darat 
Peserta  1 Orang 

 

Tujuan 

Bengkel ini diadakan bertujuan untuk membantu ibubapa yang ingin mengemaskini maklumat anak mereka ke tahun 1 untuk sesi 2024/2025. Pusat Internet Ekonomi Digital (PEDi) mengambil insiatif untuk mengadakan satu bengkel pendaftaran tahun 1.

Aktiviti 

Petugas Pusat Internet menerangkan cara pengisian pendaftaran tersebut. Petugas PEDi menerangkan terperinci untuk bahagian kesihatan yang perlu ibubapa mengisi. Petugas menerangkan cara untuk mencipta kata laluan yang diperlukan. Memberi pendedahan kepada ibubapa yang tidak mahir dalam IT kepada pengenalan ICT kepada mereka. Memberi pendedahan kepada cara pengisian pendaftaran secara atas talian. Melahirkan pengguna yang celik ICT dikalangan ibubapa.

Gambar Disini


 

Tarikh & Hari : 22 Mei 2023 (Isnin)
Masa : 9.30 pagi - 1.00 petang
Lokasi : PEDi Kanchong Darat
Peserta : 6 orang

 

Tujuan

Seramai 6 usahawan sekitar Kanchong Darat telah mengadakan Bengkel E-Usahawanan Pemakanan anjuran dari MDEC dan Hijrah Selangor. Usahawan-usahawan yang terlibat kebanyakkan telah ada perniagaan sendiri. Dengan adanya bengkel ini usahawan dapat lagi menambah ilmu mengetahuan dalam bidang pemakanan.

Aktiviti

Penceramah memberi pendedahan kepada peserta mengenai pengurusan makanan, kebersihan makanan, sijil-sijil yang wajib sediakan dan jugak vakzin yang diperlukan kepada usahawan pemakanan. Dengan pendedahan yang diberikan peserta boleh menguruskan perniagaan peserta dengan baik,bersih dan selamat kepada semua pelangan.

Gambar Disni


 

Tarikh & Hari  13 Mei 2022 (Sabtu) 
Masa  3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi  PEDi Kanchong Darat 
Peserta  1 Orang 

 

Tujuan 

Seorang remaja lepasan SPM telah membuat latihan Rapid Typing berdasarkan modul yang telah disediakan. Aktiviti ini bertujuan untuk melatih peserta agar mahir dalam menaip dan menggunakan segala fungsi asas di dalam Rapid Typing. Membolehkan peserta berlatih menaip dengan pantas.

Aktiviti 

Peserta menggunakan aplikasi Rapid Typing bagi mempelajari asas menaip dengan betul. Setiap peserta menaip mengikut tahap-tahap yang terdapat dalam aplikasi tersebut. Peserta telah diberi penerangan tentang cara-cara untuk menaip mengikut modul yang di sediakan oleh petugas. Peserta diberi kebebasan untuk menggunakan kreativiti masing-masing.

Gambar Disini