Tarikh & Hari  17 Jun 2023 (Sabtu) 
Masa  10.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi  PEDi Kanchong Darat 
Peserta  1 Orang 

 

Tujuan 

Bengkel ini dihadiri oleh seorang pelajar sekolah rendah tahun 1. Tujuan bengkel ini diadakan supaya pelajar dapat mempelajari mengenai pembelajaran online dalam subjek sains,pendidikan seni dan akhlak di Youtube. Dengan ini dapat membantu pelajar sekolah mencari video berkenaan dengan pembelajaran di sekolah. Selain itu membantu mencari video ilmuan dan mendapat pengetahuan luas.

Aktiviti 

Peserta membuka laman sesawang Youtube dan membuka video mengenai pembelajaran online dalam subjek sains,pendidikan seni dan akhlak tahun 1 dan dibantu oleh petugas.

Gambar Disini


 

Tarikh & Hari  15 Jun 2022 (Khamis)
Masa  11.00 pagi -12.00 tenghari
Lokasi  PEDi Kanchong Darat
Peserta  5 Orang

 

Tujuan 

Seramai 5 orang usahawan sekitar PEDi Kanchong Darat telah mengikuti kursus pengurusan sumber manusia bagi IKS secara online.

Aktiviti 

Peserta diberi penerangan tentang pengurusan sumber manusia bagi sesuatu perniagaan. Peserta juga diberikan penerangan untuk membekalkan pekerja kepada organisasi, iaitu dengan jumlah yang cukup, mempunyai kemahiran yang sesuai dan pada masa yang sesuai. Proses ini meliputi perancangan, perekrutan, pemilihan, orientasi dan perancangan berterusan.

Gambar Disini


 

Tarikh & Hari : 09 Jun 2023 (Jumaat)
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi : PEDi Kanchong Darat
Peserta : 1 orang

 

Tujuan

Bengkel asas ICT bersama seorang pelajar lepasan sekolah menengah. Kelas ini bertujuan untuk membantu pelajar dalam membuat slide perbentangan yang akan dibentangkan pada hari persekolahan. Ia dapat dikendalikan dengan jayanya oleh pertugas.

Aktiviti

Pelajar diberi penerangan cara penggunaan Microsoft Office Power Point dengan betul. Pelajar juga menerangkan cara mencari maklumat melalui internet serta cara insert gambar ke dalam Microsoft Power Point. Kelebihan bengkel ini adalah memberi pendedahan kepada asas ICT Microsoft Office serta asas internet. Melatih pelajar cara berfikir dan kreatif dengan membuat slide perbentangan.

Gambar Disini


 

Tarikh & Hari  10 Jun 2022 (Sabtu)
Masa  10.00 pagi - 1.00 petang
Lokasi  PEDi Kanchong Darat
Peserta  20 Orang

 

Tujuan 

PEDi Kanchong Darat telah mengadakan Program hujung minggu bersama pelajar dari sekolah rendah. Program yang telah dihadiri oleh seramai 20 orang peserta. Program ini bertujuan untuk mengasah kemahiran insaniah para peserta dalam dunia bakeri melalui aktiviti dekorasi cupcake.

Aktiviti 

Seramai 20 orang peserta yang berlangsung selama 3 jam. Sesi program dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Kuiz Kahoot! menjawap nama-nama negeri di Malaysia, dekorasi cupcake sebagai program utama dan sesi akhir layangan movie kanak-kanak. Setiap peserta diberikan 2 biji cupcake Puan Iffa selaku tenaga pengajar menunjukkan 3 kaedah dekorasi cupcake. Para peserta kemudiannya mencuba membuat dekorasi ke atas cupcake masing-masing.

Gambar Disini


 

Tarikh & Hari  07 Jun 2022 (Rabu)
Masa  3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi  PEDi Kanchong Darat
Peserta  1 Orang

 

Tujuan 

Seorang usahawan telah datang ke PEDi Kanchong Darat kerana ingin mempelajari menggunakan Ms Word Office, peserta berjaya menghasilkan surat rasmi yang diperlukan menggunakan Micsoft Word Office. Peserta menaplikasikan kemahiran dan Microsoft Word Office.

Aktiviti 

Peserta diberi penerangan tentang langkah-langkah membuat kertas kerja dan surat dengan menggunakan Ms Word Office. Peserta akan diajar tentang langkah-langkah menggunakan tool-tool yang terdapat di dalam Word untuk memberikan penarikkan didalam kertas kerja dan surat peserta. Peserta menaip surat rasmi dengan bantuan petugas bagaimana untuk memasukkan logo persatuan dan format surat rasmi. Peserta juga perlu menghasilkan kertas kerja bagi memohon penajaan.

Gambar Disini