Tarikh & Hari | : | 05 Ogos 2023 (Sabtu) |
Masa | : | 10.00 pagi - 12.00 tengahari |
Lokasi | : | PEDi Kanchong Darat |
Peserta | : | 3 Orang |
Tujuan |
Bengkel ini dijalankan bertujuan mencabar minda peserta dan pengetahuan peserta berkaitan Matematik, sains dan asas penggunaan keyboard. Membantu peserta untuk belajar dengan cara yang menarik. Seterusnya menarik minat peserta untuk belajar dan mengulang kaji pelajaran perkara berkaitan dengan pembelajaran sekolah dalam bentuk permainan dan kuiz. |
Aktiviti |
Peserta diminta untuk membuka laman sesawang berkaitan. Seterusnya mereka diminta untuk menjawab soalan-soalan kuiz yang disediakan di laman tersebut. Keputusan bagi soalan kuiz tersebut secara automatik akan dipaparkan dipapan layar dihadapan. Selepas kuiz dijalankan peserta diminta untuk membuka laman sesawang untuk pembelajaran didalam bentuk permainan. |
Tarikh & Hari | : | 03 Ogos 2023 (Khamis) |
Masa | : | 10.00 pagi - 12.00 tenghari |
Lokasi | : | PEDi Kanchong Darat |
Peserta | : | 3 Orang |
Tujuan |
Aplikasi Tiktok kini menjadi salah satu platform sosial media yang cukup popular di kalangan masyarakat dunia. Tiktok adalah sebuah aplikasi jejaring sosial dan platform video muzik dimana pengguna boleh membuat, mengedit video klip pendek lengkap dengan filter dan disertai muzik sebagai latar belakang. |
Aktiviti |
Petugas akan mengajar cara untuk meningkatkan followers di Tiktok, cara untuk membuka akaun, merekod video dan mengedit video. Aplikasi Tiktok bukan sahaj media sosial biasa, pengguna juga boleh mempromosikan produk di aplikasi Tiktok. |
Tarikh & Hari | : | 28 Julai 2023 (Isnin) |
Masa | : | 10.00 pagi - 11.00 pagi |
Lokasi | : | PEDi Kanchong Darat |
Peserta | : | 1 Orang |
Tujuan |
Aktiviti kali ini adalah permainan Sudoku yang merupakan satu permainan berdasarkan logik. Permainan ini berasal daripada Negara Jepun. Sudoku memberi maksud 'nombor persendirian' dalam bahasa Jepun. |
Aktiviti |
Permainan ini mempunyai 9x9 grid dan mempunyai 3x3 subgrid yang dipanggil sebagai "kawasan". Permainan ini dimulai dengan beberapa sel yang sudah terisi dengan angka. Peserta diminta untuk selesaikan permainan sehingga ke akhir permainan. |
Tarikh & Hari | : | 01 Ogos 2023 (Selasa) |
Masa | : | 10.00 pagi - 12.00 tengahari |
Lokasi | : | NADI Kanchong Darat |
Peserta | : | 1 Orang |
Tujuan |
Seorang wanita telah datang ke Pusat Internet Ekonomi Digital (PEDi) untuk membuat akaun Gmail. Tujuan bengkel ini diadakan bertujuan untuk membantu setiap peserta supaya membuat satu email bertujuan untuk pendaftaran perniagaan ssm. |
Aktiviti |
Bengkel dimulai dengan create account Gmail, setelah selesai sesi kedua dimulai dengan menerangkan cara menggunakan email tersebut seperti menghantar email, membaca email dan membalas email bagi memudahkan peserta membuat pendaftaran perniagaan secara online. |
Tarikh & Hari | : | 23 Julai 2023 (Ahad) |
Masa | : | 10.00 pagi - 12.00 tengahari |
Lokasi | : | PEDi Kanchong Darat |
Peserta | : | 5 Orang |
Tujuan |
Aktiviti ini diadakan bertujuan untuk memenuhi aktiviti mingguan peserta yang terluang pada masa cuti. Peserta diberikan beberapa kertas untuk diwarnakan dan peserta diminta untuk membawa warna pensil sendiri. |
Aktiviti |
Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah mempromosikan PEDi, membuat aktiviti mewarna poster dan merapatkan lagi hubungan petugas dengan komuniti. |