Tarikh & Hari  17 September 2023 (Ahad)
Masa  10.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi  PEDi Kanchong Darat 
Peserta  4 orang 

 

Tujuan

Pada hari tersebut untuk peringkat sekolah rendah aktiviti komuniti. PEDi Kanchong Darat mengadakan aktiviti Origami. Seramai 4 orang telah mendaftar bagi menyertai aktiviti Origami tersebut.

Aktiviti

Peserta hanya perlu mengikut cara-cara yang PEDi sediakan untuk membuat origami. PEDi telah sediakan sebanyak 3 bentuk origami. Yang paling kemas dan cantik akan dikira sebagai origami yang paling kreatif.

Gambar Disini


 

Tarikh & Hari : 14 September 2023 (Khamis)
Masa : 9.30 pagi - 12.30 tengahari
Lokasi : PEDi Kanchong Darat
Peserta : 3 orang

 

Tujuan

Seramai 8 orang usahawan sekitar Kanchong Darat telah mengadakan Bengkel E-Usahawanan Pemakanan secara atas talian. Usahawan-usahawan yang terlibat kebanyakkan telah ada perniagaan sendiri. Dengan adanya bengkel ini usahawan dapat lagi menambah ilmu mengetahuan dalam bidang pemakanan.

Aktiviti

Penceramah memberi pendedahan kepada peserta mengenai pengurusan makanan, kebersihan makanan, sijil-sijil yang wajib sediakan dan jugak vakzin yang diperlukan kepada usahawan pemakanan. Dengan pendedahan yang diberikan peserta boleh menguruskan perniagaan peserta dengan baik,bersih dan selamat kepada semua pelangan.

Gambar Disini


 

Tarikh & Hari  12 September 2023 (Selasa) 
Masa  9.30 pagi - 12.30 tengahari
Lokasi  PEDi Kanchong Darat 
Peserta  10 Orang 

 

Tujuan 

Mengukuhkan PEDi sebagai pusat latihan keusahawanan sekaligus membantu usahawan / perniaga menggunakan internet sebagai platform berniaga untuk meluaskan pasaran bagi menambah pendapatan.

Aktiviti 

Petugas membantu peserta untuk membuka akaun di shopee, memasukkan produk untuk dijual dalam shopee. Petugas mengajar peserta cara memasukkan produk, cara untuk menghantar produk dll.

Gambar Disini


 

Tarikh & Hari  13 September 2023 (Rabu) 
Masa  3.00 petang -4.00 petang
Lokasi  PEDi Kanchong Darat 
Peserta  1 Orang 

 

Tujuan 

Bengkel ini dijalankan bertujuan mencabar minda peserta dan pengetahuan peserta berkaitan permainan pembelajaran. Membantu peserta untuk belajar dengan cara yang menarik. Seterusnya menarik minat peserta untuk belajar dan mengulang kaji pelajaran perkara berkaitan dengan pembelajaran sekolah dalam bentuk permainan dan kuiz.

Aktiviti 

Peserta diminta untuk membuka laman sesawang berkaitan. Seterusnya peserta diminta untuk menjawab soalan-soalan kuiz yang disediakan di laman tersebut. Keputusan bagi soalan kuiz tersebut secara automatik akan dipaparkan dipapan layar dihadapan. Selepas kuiz dijalankan peserta diminta untuk membuka laman sesawang untuk pembelajaran kuiz.

Gambar Disini


 

Tarikh & Hari  07 September 2023 (Khamis) 
Masa  3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi  PEDi Kanchong Darat 
Peserta  1 Orang 

 

Tujuan 

Seorang peserta telah mengadakan online kelas untuk meminta petugas membantunya asas Ms Word Office. Kelas ini dimulakan dengan memperkenalkan komputer dan fungsinya. Peserta juga diajar menggunakan Ms Word Office dan kepentinganya kelas mengfokuskan asas setiap Ms Word kepada peserta.

Aktiviti 

Peserta juga mempelajari cara membuat folder di Dekstop, membuat surat rasmi, surat tidak rasmi, menaip artikal, membuat jadual dan menukar jenis font dan saiznya dengan bantuan petugas Pusat Internet.

Gambar Disini