Tarikh & Hari  22 Oktober 2023 (Ahad) 
Masa  10.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi  PEDi Kanchong Darat 
Peserta  6 Orang 

 

Tujuan 

Merapatkan hubungan antara petugas PEDi Kanchong Darat dan pelajar-pelajar sekolah rendah. 

Aktiviti 

Menggalakkan anak-anak mengenal warna, Meningkatkan Skill Motor, Meningkatkan kecekapan penglihatan (mata), Meningkatkan daya imaginasi dan menawarkan peluang kepada kanak-kanak untuk membuat pilihan.

Gambar Disini


 

Tarikh & Hari  21 Oktober 2023 (Rabu)
Masa  3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi  PEDi Kanchong Darat 
Peserta  2 orang 

 

Tujuan

Tujuan aktiviti ini diadakan untuk memupuk kreativiti dan idea peserta dimana mereka peru menghasilkan paper flower berpandukan tutorial dari Youtube.

Aktiviti

Pengenalan rujukan secara atas talian menggunakan. Menunjukkan contoh menghasilkan bunga dari Youtube yang boleh dihasilkan menggunakan kertas dan sebagainya. Memberi tunjuk ajar kepada peserta menghasilkan bunga kertas berpandukan tutorial dari Youtube.

Gambar Disini


 

Tarikh & Hari  18 Oktober 2023 (Rabu) 
Masa  10.00 pagi - 11.00 pagi
Lokasi  PEDi Kanchong Darat 
Peserta  10 Orang 

 

Tujuan 

Mempromosikan perkihdmatan dan keberadaan Pusat Internet Komuniti Kanchong Darat. Seterusnya mempelajari cara mendaftar perniagaan secara online di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Selain itu dapat mengembangkan perniagaan usahawan tempatan.

Aktiviti 

Pendaftaran lesen SSM menggunakan sistem EZBIZ sangat pantas dengan hanya mengikut langkah pertama iaitu renewal selection, langkah kedua business detail, langkah ketiga make payment dan langkah yang keempat iaitu print sijil SSM.

Gambar Disini


 

Tarikh & Hari  20 Oktober 2023 (Selasa) 
Masa  9.00 pagi - 12.00  tengahari
Lokasi  PEDi Kanchong Darat 
Peserta  10 Orang 

 

Tujuan 

Bengkel asas editing aplikasi Capcut ini diadakan untuk usahawan yang baru menceburi perniagaan di dalam aplikasi TikTok dan ingin tahu cara untuk membuat suntingan video untuk kandungan video yang menarik untuk perniagaan mereka.

Aktiviti 

Bengkel ini bermula dengan peserta diberikan pendedahan asas mengenai icon-icon dan fungsi -fungsi yang ada dalam aplikasi Capcut. Selapas itu, peserta perlu menggunakan aplikasi tersebut pada telefon masing-masing. Peserta didedahakan jenis-jenis video yang sesuai digunakan untuk kandungan untuk TikTok. Peserta diberikan tugasan untuk menyiapkan video dengan menggunakan aplikasi CapCut tersebut.

Gambar Disini


 

Tarikh & Hari  16 Oktober  2023 (Isnin) 
Masa  10.00 pagi - 12.00 Tengahari
Lokasi  PEDi Kanchong Darat
Peserta  1 orang

Tujuan

  • Seorang wanita melayu telah datang ke PEDi Kanchong Darat untuk meminta Petugas PEDi membantunya dalam pembelajari asas Ms Word Office. Kelas dimulakan dengan mempekenalkan komputer dan fungsinya, Peserta juga diajar menggunakan Microsoft Office dan kepentinganya. Kelas mengfokuskan asas setiap Microsoft Office kepada peserta.

Aktiviti 

  • Peserta juga mempelajari cara membuat folder di Desktop,cara membuat surat rasmi dan surat tidak rasmi,cara menaip artikal,membuat jadual dan menukar jenis Font dan saiznya, Dengan bantuan petugas Pusat Internet.

Gambar Disini