Tarikh & Hari  24 September 2023 (Ahad) 
Masa  10.00 pagi - 12.30 tenghari
Lokasi  PEDi Kanchong Darat 
Peserta  5 Orang 

 

Tujuan 

Bengkel ini dihadiri oleh 5 orang pelajar sekolah rendah. Tujuan bengkel ini bagi mengadakan aktiviti stem cara membina bangunan dan menara yang kukuh menggunakan straw. Peserta akan menonton video di Youtube untuk mencari idea-idea yang menarik.

Aktiviti 

Peserta diberikan straw, masking tape dan alat-alat yang lain. Peserta akan berbincang berkenan bangunan dan menara pilihan peserta. Peserta mula membina sebuah tower dengan menggunakan bahan-bahan yang diberikan. Masa untuk membuat tower tersebut adalah 1 jam.

Gambar Disini


 

Tarikh&Hari  23 September 2023 (Sabtu)
Masa  9.30 pagi - 1.00 petang
Lokasi  PEDi Kanchong Darat 
Peserta  14 orang

 

Tujuan 

Seramai 14 orang peserta telah hadirkan diri ke kelas asas makeup, Kelas ini adalah untuk mengajar peserta cara-cara menggunakan "makeup basic" dengan cara yang betul.

Aktiviti 

Peserta diberi pendedahan tentang cara asas menggunakan barang-barang makeup dengan cara yang betul supaya makeup tahan lama dan tidak nampak bertompok-tompok. Selain itu pelajaran ini adalah untuk mengajar peserta cara membuat shading di pipi dengan cara yang tepat dan tidak nampak tebal di muka.

Gambar Disini


 

Tarikh & Hari  10 September 2023 (Ahad) 
Masa  10.00 pagi - 12.30 tenghari
Lokasi  PEDi Kanchong Darat 
Peserta  6 Orang 

 

Tujuan 

Bengkel ini dihadiri oleh 6 orang pelajar sekolah rendah. Tujuan bengkel ini diadakan supaya pelajar dapat mempelajari mengenai pembelajaran online dalam subjek sains di Youtube. Dengan ini dapat membantu pelajar sekolah mencari video berkenaan dengan pembelajaran di sekolah. Selain itu membantu mencari video ilmuan dan mendapat pengetahuan luas.

Aktiviti 

Peserta membuka laman sesawang Youtube dan membuka video mengenai pembelajaran online dalam subjek sains tahun 2 dan dibantu oleh petugas.

Gambar Disini


 

Tarikh & Hari  22 September 2023 (Jumaat) 
Masa  10.00 pagi - 12.00 tenghari
Lokasi  PEDi Kanchong Darat 
Peserta  15 Orang 

 

Tujuan 

Aktiviti ini diadakan bertujuan untuk memupuk semangat cintakan negara. Aktiviti ini turut dijalankan bagi mengenang kembali jasa-jasa pejuang tempatan pada hari kebangsaan nanti sekaligus menerangkan mengenai erti sebuah negara yang merdeka kepada para peserta.

Aktiviti 

Aktiviti kemerdekaan bersama dengan para pelajar prasekolah. Bagi menyemarakkan lagi suasana sambutan hari kebangsaan, aktiviti mewarna dan membuat topeng kebangsaan secara bersemuka telah dijalankan untuk para peserta.

Gambar Disini


 

Tarikh & Hari  09 September 2023 (Sabtu) 
Masa  10.00 pagi - 12.00 tengahari 
Lokasi  PEDi Kanchong Darat 
Peserta  9 orang 

 

Tujuan 
Seramai 9 orang peserta dari sekolah rendah yang menghadiri sekali lagi ke PEDi Kanchong Darat bagi melengkapkan setiap latihan yang terdapat di dalam aplikasi Rapid Typing tersebut. Mereka menyatakan bahawa aplikasi ini dapat membantu mereka menggunakan papan kekunci dengan selamat dan betul. Peserta juga turut melakukan aktiviti pengenalan komputer bagi memberi ilmu mengenai komputer.
Aktiviti
Pada sesi kali ini, mereka meneruskan latihan yang terdapat di dalam aplikasi ini dengan lebih tangkas dan betul. Hanya beberapa kesilapan yang yang didapati semasa menaip mungkin kerana terlalu laju untuk menaip.

Gambar Disini