Tarikh & Hari  21 Ogos 2023 (Isnin) 
Masa  3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi  PEDi Kanchong Darat 
Peserta  10 Orang 

 

Tujuan 

PEDi Kanchong Darat telah mengadakan kelas secara fizikal bersama seorang pelajar sekolah yang datang mengunjungi PEDi. Kelas ini merupkan kelas designer menggunakan postermywall.com. postermywall.com merupakan salah satu aplikasi mencipta poster,logo dan lain-lain.

Aktiviti 

Bengkel ini adalah untuk mencungkil bakat dan melatih peserta menggunakan Postermywall untuk tujuan designer. Peserta diberi bimbingan penggunaan Postermywall yang berkonsepkan drag and drop agar peserta mampu mencipta sesuatu menggunakan Postermywall tanpa perlu diberi bimbingan sepenuhnya oleh petugas. Peserta diberi tugasan untuk menyiapkan satu poster dan satu facebook post sebelum kelas ditamatkan

Gambar Disini


 

Tarikh & Hari  20 Ogos 2023 (Ahad) 
Masa  9.30 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi  PEDi Kanchong Darat 
Peserta  16 Orang 

 

Tujuan 

Aktiviti ini diadakan bertujuan untuk memupuk semangat cintakan negara. Aktiviti ini turut dijalankan bagi mengenang kembali jasa-jasa pejuang tempatan sebelum kemerdekaan sekaligus menerangkan mengenai erti sebuah negara yang merdeka kepada para peserta.

Aktiviti 

Aktiviti kemerdekaan bersama dengan para pelajar sekolah rendah. Bagi menyemarakkan lagi suasana sambutan kemerdekaan, aktiviti membuat topeng muka dan kipas tangan merdeka telah dijalankan untuk para peserta. Peserta menyiapkan topeng muka dan kipas tangan kemerdekaan online yang disediakan dengan bantuan petugas.

Gambar Disini


 

Tarikh&Hari  17 Ogos 2023 (Khamis)
Masa  10.30 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi  PEDi Kanchong Darat
Peserta  5 Orang

 

Tujuan 

Seramai 5 usahawan dan penduduk sekitar Kanchong Darat telah menyertai kursus secara atas talian yang mengenai etika berbisnes dan dandanan peribadi seseorang individu. Para peserta dapat mengetahui pelbagai ilmu dan manfaat didalam kursus tersebut.
Aktiviti 

Kursus dibuat secara atas talian dan menggunakan aplikasi Google Zoom. Penceramah memberi ilmu pengetahuan mengenai etika dalam berbisnes dan peribadi diri. Kursus berjalan dengan lancar dengan bantuan petugas.

Gambar Disini


 

Tarikh&Hari  19 Ogos 2023 (Sabtu)
Masa  09.30 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi  PEDi Kanchong Darat
Peserta  13 Orang

 

Tujuan 

Seramai 13 orang pelajar sekolah rendah hadir ke bengkel Stem IoT membuat tangan robot. Bengkel ini diadakan bertujuan untuk memberi pengenalan Modul Stem kepada peserta.

Aktiviti 

Bengkel dimulakan pengenalan oleh petugas Apa Itu Stem? Setelah itu peserta diajar cara untuk membuat tangan robot dengan menggunakan bahan-bahan yang telah disediakan oleh petugas. Peserta diminta untuk menonton cara untuk bina tangan robot melalui siaran youtube dan dipraktikkan secara manual sehingga selesai aktiviti ini telah dipantau oleh petugas

Gambar Disini


 

Tarikh&Hari  15 Ogos 2023 (Selasa)
Masa  10.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi  PEDi Kanchong Darat
Peserta  1 Orang

 

Tujuan 

Cloud telefon adalah proses di mana peserta menggunakan internet sebagai tempat untuk menyimpan segala data peribadi sama ada dokumen, gambar,klip video atau pun lagu.

Aktiviti 

Peserta memuatnaik data-data milik peserta ke sebuah laman web kemudian data yang peserta sudah simpan itu dapat diakses dari tempat lain, dari komuter lain, laptop lain, komputer tablet atau dari mana-mana telefon bombit melalui sambungan internet.

Gambar Disini