Tarikh & Hari | : | 13 Oktober 2021 (Rabu) |
Masa | : | 3.00 petang - 5.00 petang |
Lokasi | : | Pusat Internet Kanchong Darat |
Peserta | : | 1 Orang |
Tujuan |
Mempelajari cara-cara untuk membuat permohonan menggunakan e-daftar iaitu aplikasi permohonan pendaftaran fail cukai pendapatan untuk cukai baru mendapatkan nombor rujukan cukai. Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta cara memohon pendaftaran fail cukai menggunakan borang atas talian. |
Aktiviti |
Permohonan ini boleh secara dalam talian dan perlu dikemukakan melalui laman web LHDN atau pembayar cukai boleh hadir ke cawangan LHDN yang berhampiran sama ada melalui temujanji atau walk-in di cawangan yang berhampiran. Jika melalui secara atas talian peserta perlu log in terlebih dahulu dan seterusnya mengisi maklumat-maklumat peribadi yang diperlukan. |
Tarikh & Hari | : | 08 Oktober 2021 (Jumaat) |
Masa | : | 10.00 pagi - 12.00 tengahari |
Lokasi | : | Pusat Internet Kanchong Darat |
Peserta | : | 10 Orang |
Tujuan |
Bengkel kali ini adalah secara online dengan mengunakkan platform Google Zoom. Para peserta terdiri daripada kalangan penduduk Kanchong Darat dan juga penduduk disekitar PIK lain. Bengkel ini bertujuan untuk memberi taklimat mengenai dokumentasi dan kewangan online di dalam perniagaan. |
Aktiviti |
Dengan ini bengkel dijalankan selama 2 jam, peserta diberikan taklimat ringkas terlebih dahulu dan penceramah akan mengulas dengan lebih lanjut dan padat mengenai dokumentasi dan kewangan online di dalam perniagaan terutama kalangan usahawan-usahawan tempatan. Peserta dapat maklumat dengan tepat dan mudah difahami. Bengkel berjalan dengan lancar dan baik. |
Tarikh & Hari | : | 01 Oktober 2021 (Jumaat) |
Masa | : | 10.00 pagi - 12.00 tengahari |
Lokasi | : | Pusat Internet Kanchong Darat |
Peserta | : | 10 Orang |
Tujuan |
Bengkel pengurusan prospek didalam whatsapp secara online dan bersama dengan peserta usahawan. Platform ICT adalah penggunaan medium dan kaedah teknologi komputer. Peserta di dedahkan dengan penggunaan teknologi seperti penggunaan komputer dan internet sebagai salah satu cara pembelajaran alternatif sebagai contoh adalah Aplikasi Whatsapp. |
Aktiviti |
Bengkel yang dijalankan adalah bengkel pengurusan prospek didalam aplikasi whatsapp sebagai e-dagang dalam perniagaan. Peserta yang terdiri daripada penduduk sekitar Kanchong Darat. Peserta diberi keterangan dengan lebih mendalam mengenai aplikasi Whatsapp untuk mengurusakan perniagaan. |
Tarikh & Hari | : | 04 Oktober 2021 (Isnin) |
Masa | : | 2.00 petang - 4.00 petang |
Lokasi | : | Pusat Internet Kanchong Darat |
Peserta | : | 10 Orang |
Tujuan |
Pusat Internet Kanchong darat telah mula mengadakan kelas secara online bersama peserta sekitar Kanchong Darat. Bengkel ini merupakan kelas designer menggunakan canva.com. Canva.com merupakan salah satu aplikasi mencipta poster, logo dan lain-lain. |
Aktiviti |
Bengkel ini adalah untuk mencungkil bakat dan melatih peserta menggunakan Canva untuk tujuan designer. Peserta diberi bimbingan penggunan Canva yang berkonsepkan drag and drop peserta mampu mencipta sesuatu menggunakan Canva tanpa perlu diberi bimbingan sepenuhnya oleh petugas. Peserta diberi tugasan untuk menyiapkan satu poster dan satu facebook post sebelum bengkel ditamatkan. |
Tarikh & Hari | : | 23 September 2021 (Khamis) |
Masa | : | 3.00 petang - 5.00 petang |
Lokasi | : | Pusat Internet Kanchong Darat |
Peserta | : | 10 Orang |
Tujuan |
Bengkel atas talian kali ini mengajar peserta bagaimana untuk membuat pemindahan wang atas talian. Dengan adanya aplikasi-aplikasi pemindahan online seperti Cimbnk Click, Maybank to u dan pelbagai lagi. Peserta dengan mudahnya menguruskan pemindahan wang dengan lebih mudah dan cepat. Pengajar akan menunjukkan setiap satu langkah dan cara pemindahan wang dengan mudah difahami. |
Aktiviti |
Selepas peserta berjaya membuka akaun bank, peserta ditunjukkan cara-cara untuk memuat naik aplikasi pemindahan wang di telefon atau internet. Peserta akan mendaftar masuk Pin dan kata laluan dengan betul sebelum membuat sebarang pemindahan wang atas talian. Selepas membuat sebarang pemindahan wang peserta harus menyimpan resit pemindahan sebagai bukti pembayaran. |