Tarikh & Hari  15 Disember 2021 (Rabu) 
Masa  2.30 petang - 4.30 petang
Lokasi  PEDi Kanchong Darat 
Peserta  1 Orang 

 

Tujuan 

Pusat Internet Kanchong darat telah mula mengadakan kelas secara online bersama peserta sekitar Kanchong Darat. Bengkel ini merupakan kelas designer menggunakan canva.com. Canva.com merupakan salah satu aplikasi mencipta poster, logo dan lain-lain.

Aktiviti 

Bengkel ini adalah untuk mencungkil bakat dan melatih peserta menggunakan Canva untuk tujuan designer. Peserta diberi bimbingan penggunan Canva yang berkonsepkan drag and drop peserta mampu mencipta sesuatu menggunakan Canva tanpa perlu diberi bimbingan sepenuhnya oleh petugas. Peserta diberi tugasan untuk menyiapkan satu poster dan satu facebook post sebelum bengkel ditamatkan.

Gambar Disini


 

Tarikh & Hari  10 Disember 2021 (Jumaat)
Masa  3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi  PEDi Kanchong Darat 
Peserta  1 Orang 

 

Tujuan 

Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk melatih peserta yang berada di dalam komuniti untuk mendaftar dan membuat semakan melalui laman web Sistem E-Perolehan bagi tujuan pendaftaran baru dan kemaskini maklumat di web bagi pengguna yang telah berdaftardi.

Aktiviti 

Petugas Pusat Internet memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang carap-cara untuk membuat semakan keputusan di laman web yang berkenaan. Seterusnya, peserta perlu memasukkan nama pengguna dan kata laluan sebelum semakan keputusan. Setelah keputusan disemak, proses cetakan surat permohonan dicetak.

Gambar Disini


 

Tarikh & Hari  1 Disember 2021 (Rabu) 
Masa  10.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi  Pusat Internet Kanchong Darat 
Peserta  1 Orang 

 

Tujuan 

Pusat Internet Kanchong Darat bersama dengan seorang warga penduduk sekitar Kanchong Darat telah mengadakan Adobe Photoshop CS6, di mana pada bengkel ini peserta diajar mengenai asas dalam design menggunakan Adobe Photoshop cs6.

Aktiviti 

Para peserta diajar mengenal asas Adobe Photoshop cs6 berasaskan modul yang disediakan. Dalam sesi pembelajaran pertama peserta diajar untuk menentukan size seperti Banner,poster dan sebagainya serta membuat background untuk sesi pembelajaran seterusnya peserta diajar pelbagai modul lagi seperti manipulasi gambar dan teknik yang lebih advanced.

Gambar Disini


 

Tarikh & Hari  05 Disember 2021 (Ahad) 
Masa  10.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi  Pusat Internet Kanchong Darat 
Peserta  1 Orang 

 

Tujuan 

Bengkel ini dihadiri oleh seorang pelajar sekolah rendah tahun 1. Tujuan bengkel ini diadakan supaya pelajar dapat mempelajari mengenai pembelajaran online dalam subjek bahasa melayu lisan di Youtube. Dengan ini dapat membantu pelajar sekolah mencari video berkenaan dengan pembelajaran di sekolah. Selain itu membantu mencari video ilmuan dan mendapat pengetahuan luas.

Aktiviti 

Peserta membuka laman sesawang Youtube dan membuka video mengenai pembelajaran online dalam subjek bahasa melayu lisan tahun 1 dan dibantu oleh petugas.

Gambar Disini


 

Tarikh & Hari  24 November 2021 (Rabu) 
Masa  2.00 petang - 4.00 petang
Lokasi  Pusat Internet Kanchong Darat 
Peserta  1 Orang 

 

Tujuan 

Mengukuhkan pusat internet sebagai pusat latihan keusahawanan sekaligus membantu usahawan / perniaga menggunakan internet sebagai platform berniaga untuk meluaskan pasaran bagi menambah pendapatan.

Aktiviti 

Petugas membantu peserta untuk membuka akaun di shopee, memasukkan produk untuk dijual dalam shopee. Petugas mengajar peserta cara memasukkan produk, cara untuk menghantar produk dll.

Gambar Disini