Tarikh & Hari | : | 01 April 2022 (Jumaat) |
Masa | : | 2.30 petang - 4.30 petang |
Lokasi | : | Pusat Internet Kanchong Darat |
Peserta | : | 1 Orang |
Tujuan |
Pusat Ekonomi Digital Kanchong Darat telah mula mengadakan kelas secara bersemuka bersama peserta sekitar Kanchong Darat. Bengkel ini merupakan kelas designer menggunakan canva.com. Canva.com merupakan salah satu aplikasi mencipta poster, logo dan lain-lain. |
Aktiviti |
Bengkel ini adalah untuk mencungkil bakat dan melatih peserta menggunakan Canva.com untuk tujuan designer. Peserta diberi bimbingan penggunan Canva yang berkonsepkan drag and drop peserta mampu mencipta sesuatu menggunakan Canva.com tanpa perlu diberi bimbingan sepenuhnya oleh petugas. Peserta diberi tugasan untuk menyiapkan satu poster dan satu facebook post sebelum bengkel ditamatkan. |
Tarikh & Hari | : | 22 March 2022 (Selasa) |
Masa | : | 3.00 petang - 5.00 petang |
Lokasi | : | Pusat Internet Kanchong Darat |
Peserta | : | 3 Orang |
Tujuan |
Bengkel ini diadakan bertujuan untuk membantu ibubapa yang ingin mendaftar anak mereka ke tahun 1 untuk sesi 2023/2024. Pusat Internet Ekonomi Digital (PEDi) mengambil insiatif untuk mengadakan satu bengkel pendaftaran tahun 1. |
Aktiviti |
Petugas Pusat Internet menerangkan cara pengisian pendaftaran tersebut. Petugas PEDi menerangkan terperinci untuk bahagian kesihatan yang perlu ibubapa mengisi. Petugas menerangkan cara untuk mencipta kata laluan yang diperlukan. Memberi pendedahan kepada ibubapa yang tidak mahir dalam IT kepada pengenalan ICT kepada mereka. Memberi pendedahan kepada cara pengisian pendaftaran secara atas talian. Melahirkan pengguna yang celik ICT dikalangan ibubapa. |
Tarikh & Hari | : | 18 March 2022 (Jumaat) |
Masa | : | 10.00 pagi - 12.00 tengahari |
Lokasi | : | Pusat Internet Kanchong Darat |
Peserta | : | 3 Orang |
Tujuan |
Mengukuhkan Pusat Ekonomi Digital sebagai pusat latihan keusahawanan sekaligus membantu usahawan atau perniaga menggunakan internet sebagai platform perniagaan untuk meluaskan pasaran bagi menambah pendapatan usahawan.. |
Aktiviti |
Petugas membantu peserta untuk membuka akaun di shopee, memasukkan produk untuk dijual dalam shopee. Petugas mengajar pesera cara memasukkan produk, cara untuk menghantar produk dan lain-lain. |
Tarikh & Hari | : | 19 March 2022 (Sabtu) |
Masa | : | 10.00 pagi - 12.00 tengahari |
Lokasi | : | Pusat Internet Kanchong Darat |
Peserta | : | 8 Orang |
Tujuan |
Memberi ilmu baru kepada peserta untuk lebih celik komputer dan memudahkan peserta menggunakan Microsoft Powerpoint untuk masa hadapan. Bengkel usahawan ini diadakan untuk peserta dari kalangan penduduk kampung, bertujuan untuk membantu peserta belajar menggunakan internet dan aplikasi komputer yang digunakan dalam bidang keusahawanan. |
Aktiviti |
Petugas memberikan penerangan tentang kegunaan dan fungsi mengunakan Microsoft Powerpoint, peserta diberikan tugasan mudah untuk menggunakan fungsi-fungsi yang ditunjukkan. Seterusnya, peserta membuat poster produk. Bengkel adalah bertujuan untuk memberi kemahiran asas untuk menghasilkan persembahan dalam bentuk multimedia dengan menggunakan perisian Microsoft Powerpoint. |
Tarikh & Hari | : | 14 March 2022 (Selasa) |
Masa | : | 3.00 petang - 5.00 petang |
Lokasi | : | Pusat Internet Kanchong Darat |
Peserta | : | 1 Orang |
Tujuan |
Petugas memberi tunjuk ajar kepada seorang wanita mengenai perkakasan komputer dan pencetak. Bagaimana fungsi dan cara menggunakannya. |
Aktiviti |
Peserta akan diterangkan mengenai bahagian komputer dan pencetak serta kegunaan seperti cakera keras, tetikus, ram dan sebagainya. Peserta berpeluang mencetak sendiri dokumen dengan pengawasan petugas. |