Tarikh & Hari  10 April 2022 (Ahad) 
Masa  3.00 petang - 3.30 petang
Lokasi  PEDi Kanchong Darat 
Peserta  2 Orang 

 

Tujuan 

Bengkel ini dijalankan bertujuan mencabar minda peserta dan pengetahuan peserta berkaitan Matematik. Membantu peserta untuk belajar dengan cara yang menarik. Seterusnya menarik minat peserta untuk belajar dan mengulang kaji pelajaran perkara berkaitan dengan pembelajaran sekolah dalam bentuk permainan dan kuiz.

Aktiviti 

Peserta diminta untuk membuka laman sesawang berkaitan. Seterusnya mereka diminta untuk menjawab soalan-soalan kuiz yang disediakan di laman tersebut. Keputusan bagi soalan kuiz tersebut secara automatik akan dipaparkan dipapan layar dihadapan. Selepas kuiz dijalankan peserta diminta untuk membuka laman sesawang untuk pembelajaran kuiz Matematik.

Gambar Disini


 

Tarikh & Hari  :  10 April 2022 (Ahad)
Masa :  2.00 petang - 2.30 petang
Lokasi :  PEDi Kanchong Darat
Peserta :  2 orang

 

Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk memberi maklumat berkenaan dengan perkakasan komputer. Bengkel ini menerangkan mengenai komputer mempunyai 2 bahagian iaitu perkakasan dan perisian. Perkakasan dibahagikan kepada komponen dalaman seperti kad memori, cakera keras, pemacu cvd rom, kad bunyi dan lain-lain.

Aktiviti

Petugas menerangkan mengenai perkakasan melalui buku panduan yang telah disediakan. Peserta diberitahu perkakasan luaran seperti skrin komputer, papan kekunci, tetikus, pemacu cd rom, cd burner, pengimbas dan mesin pencetak. Petugas memberi penerangan mengenai fungsi setiap perkakasan komputer.

 Gambari Disini


 

 

Tarikh & Hari  06 April 2022 (Rabu) 
Masa  10.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi  Pusat Internet Kanchong Darat 
Peserta  1 Orang 

 

Tujuan 

Tujuan latihan diadakan adalah untuk membantu peniaga atau peserta menggunakan e-commerce sebagai satu platform bagi pertandingan usahawan digital. Penerangan mengenai usahawan digital dan juga pendedahan mengenai jualan dalam talian di Kiah Store.

Aktiviti 

Peserta diberi bimbingan dengan lebih jelas tentang pemasaran melalui E-commerce Kiah Store. Belajar cara memasuki gambar, cara penghantaran, akaun bank bagi Kiah Store. Peserta teruja dan bersemangat dengan adaya e-commerce yang mudah dan cepat.

Gambar Disini


 

Tarikh & Hari  08 April 2022 (Jumaat) 
Masa  9.30 pagi - 4.30 petang
Lokasi  Pusat Internet Kanchong Darat 
Peserta  4 Orang 

 

Tujuan 

Bengkel ini dihadiri oleh 4 orang peserta yang merupakan usahawan PEDi Kanchong Darat. Tujuan bengkel ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahairan usahawan tempatan supaya lebih maju dan berdaya saing dalam bidang teknologi maklumat dan pernggunaaan medium pemasaran produk melalui platform Shopee.

Aktiviti 

Para peserta bengkel mempelajari cara pengurusan pemasaran dan penghantaran tempahan produk di platform Shopee. Peserta diberikan penerangan tentang kegunaan dan kelebihan kaedah penjualan dalam Shopee. Petugas menunjukkan cara-cara untuk memuat naik produk Shopee dengan memasukkan keterangan dan cara-cara menguruskan kedai atas talian.

Gambar Disini


 

Tarikh & Hari  04 April 2022 (Isnin) 
Masa  10.00 pagi - 12.00 tenghari
Lokasi  Pusat Internet Kanchong Darat 
Peserta  1 Orang 

 

Tujuan 

Bengkel fotografi dan sunting gambar ini dijalankan untuk membimbing usahawan tempatan bagaimana cara-cara mengambil gambar menggunakan telefon pintar dengan cara yang betul dan lebih menarik. Hasil daripada bengkel ini, peserta sudah faham dan mahir menggunakan tetapan telefon pintar masing-masing seperti penggunaan grid, kecahayaan dan subjek gambar dan mengedit gambar.

Aktiviti 

Peserta bengkel diberi taklimat tentang penghasilan gambar yang terbaik. Kemudian peserta diberi tunjuk ajar semasa menjalankan sesi amali fotografi produk dan pengeditan gambar.

Gambar Disini