Tarikh & Hari  21 May 2022 (Sabtu) 
Masa  2.30 petang - 3.00 petang
Lokasi  PEDi Kanchong Darat 
Peserta  2 Orang 

 

Tujuan 

Peserta seramai 2 orang telah membuat latihan Rapid Typing berdasarkan modul yang telah disediakan. Aktiviti ini bertujuan untuk melatih peserta agar mahir dalam menaip dan menggunakan segala fungsi asas di dalam Rapid Typing. Membolehkan peserta berlatih menaip dengan pantas.

Aktiviti 

Peserta menggunakan aplikasi Rapid Typing bagi mempelajari asas menaip dengan betul. Setiap peserta menaip mengikut tahap-tahap yang terdapat dalam aplikasi tersebut. Peserta telah diberi penerangan tentang cara-cara untuk menaip mengikut modul yang di sediakan oleh petugas. Peserta diberi kebebasan untuk menggunakan kreativiti masing-masing.

Gambar Disini


 

Tarikh & Hari  18 May 2022 (Rabu) 
Masa  3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi  PEDi Kanchong Darat 
Peserta  3 Orang 

 

Tujuan 

Tujuan latihan diadakan adalah untuk membantu peniaga atau peserta menggunakan e-commerce sebagai satu platform bagi pertandingan usahawan digital. Penerangan mengenai pertandingan usahawan digital dan juga pendedahan mengenai jualan dalam talian di Kiah Store.

Aktiviti 

Peserta diberi bimbingan dengan lebih jelas tentang pemasaran melalui E-commerce Kiah Store. Belajar cara memasuki gambar, cara penghantaran, akaun bank bagi Kiah Store. Peserta teruja dan bersemangat dengan adaya e-commerce yang mudah dan cepat.

Gambar Disini


 

Tarikh & Hari  14 May 2022 (Sabtu)
Masa  9.30 pagi - 10.00 pagi
Lokasi  Pusat Internet Kanchong Darat 
Peserta  2 Orang 

 

Tujuan 

Bengkel pembelajaran kali ini adalah bertujuan untuk mengenali huruf kecil dan besar didalam bahasa melayu di laman sesawang Youtube. Bengkel ini dapat memberi pendedahan yang lebih baik dan mudah untuk difahami kepada peserta.

Aktiviti 

Dengan adanya laman sesawang Youtube peserta hanya perlu menaip beberapa huruf seperti A,B,C dan lain-lain untuk dipelajari. Didalam Youtube akan dimainkan video dan ia boleh memudahkan lagi peserta untuk menghafal huruf dan nombor tersebut.

Gambar Disini


 

Tarikh & Hari  15 May 2022 (Ahad)
Masa  10.00 pagi - 10.30 pagi
Lokasi  PEDi Kanchong Darat 
Peserta  2 Orang 

 

Tujuan 

Bengkel ini dihadiri oleh pelajar pra sekolah dan sekolah rendah. Tujuan bengkel ini diadakan supaya pelajar dapat mempelajari mengenai lukisan dan animasi  di Youtube. Dengan ini dapat membantu pelajar sekolah mencari video berkenaan dengan pembelajaran di sekolah. Selain itu membantu mencari video ilmuan dan mendapat pengetahuan luas.

Aktiviti 

Peserta membuka laman sesawang Youtube dan membuka video mengenai pembelajaran lukisan dan animasi dan juga dibantu oleh petugas.

Gambar Disini


 

Tarikh & Hari  13 May 2022 (Jumaat)
Masa  10.30 pagi - 12.30 tengahari
Lokasi  Pusat Internet Kanchong Darat 
Peserta  1 Orang 

 

Tujuan 

Mengukuhkan pusat internet sebagai pusat latihan keusahawanan sekaligus membantu usahawan / perniaga menggunakan internet sebagai platform berniaga untuk meluaskan pasaran bagi menambah pendapatan.

Aktiviti 

Petugas membantu peserta untuk membuka akaun di shopee, memasukkan produk untuk dijual dalam shopee. Petugas mengajar peserta cara memasukkan produk, cara untuk menghantar produk dll.

Gambar Disini