Tarikh & Hari  12 Julai 2022 (Selasa)
Masa  2.00 petang - 4.00 petang
Lokasi  PEDi Kanchong Darat 
Peserta  6 Orang 

 

Tujuan 

Mengukuhkan pusat internet sebagai pusat latihan keusahawanan sekaligus membantu usahawan / perniaga menggunakan internet sebagai platform berniaga untuk meluaskan pasaran bagi menambah pendapatan.

Aktiviti 

Petugas membantu peserta untuk membuka akaun di shopee, memasukkan produk untuk dijual dalam shopee. Petugas mengajar peserta cara memasukkan produk, cara untuk menghantar produk dll.

Gambar Disini


 

Tarikh & Hari  08 Julai 2022 (Selasa) 
Masa  10.00 pagi - 12.00 tenghari
Lokasi  PEDi Kanchong Darat 
Peserta  10 Orang 

 

Tujuan 

Aplikasi Tiktok kini menjadi salah satu platform sosial media yang cukup popular di kalangan masyarakat dunia. Tiktok adalah sebuah aplikasi jejaring sosial dan platform video muzik dimana pengguna boleh membuat, mengedit video klip pendek lengkap dengan filter dan disertai muzik sebagai latar belakang.

Aktiviti 

Petugas akan mengajar cara untuk meningkatkan followers di Tiktok, cara untuk membuka akaun, merekod video dan mengedit video. Aplikasi Tiktok bukan sahaj media sosial biasa, pengguna juga boleh mempromosikan produk di aplikasi Tiktok.

Gambar Disini


 

Tarikh & Hari : 05 Julai 2022 (Khamis)
Masa : 3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : PEDi Kanchong Darat
Peserta : 1 orang

 

Tujuan

Seorang remaja telah datang ke Pusat Ekonomi Digital untuk membuat akuan gmail. Tujuan kelas membuat gmail ini diadakan bertujuan untuk membantu setiap peserta supaya membuat satu email bertujuan untuk pembelajaran mereka.

Aktiviti

Kelas dimulai dengan create account gmail, setelah selesai sesi kedua dimulai dengan menerangkan cara mengggunakan email seperti menghantar email, membaca email dan membalas email bagi memudahkan peserta membuat pemasaran memlalui email.

Gambar Disini


 

Tarikh & Hari  06 Julai 2022 (Rabu) 
Masa  3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi  PEDi Kanchong Darat 
Peserta  10 Orang 

 

Tujuan 

Seramai 10 orang pelajar sekolah menengah tingkatan 3 telah membuat latihan e-pembelajaran ICT berdasarkan modul asas penganturcaraan Java Script yang telah disediakan. Aktiviti ini bertujuan untuk melatih peserta agar mahir dalam menaip, mengikut arahan dan menggunakan segala fungsi asas di dalam laman sesawang tersebut.

Aktiviti 

Peserta menggunakan lama sesawang codecombat.com bagi mempelajari asas penganturcaraan Java Script dengan betul. Setiap peserta menaip mengikut tahap-tahap yang terdapat dalam aplikasi tersebut. Peserta telah diberi penerangan tentang cara-cara untuk menaip mengikut modul yang di sediakan oleh petugas. Peserta diberi kebebasan untuk menggunakan kreativiti masing-masing.

Gambar Disini


 

Tarikh & Hari  02 Julai 2022 (Sabtu) 
Masa  10.00 pagi -12.00 tengahari
Lokasi  PEDi Kanchong Darat 
Peserta  1 Orang 

 

Tujuan 

Menambahkan dan memberi pendedahan kepada peserta dan menguasai tentang cara-cara untuk mereka resume menggunakan web canva.com dan menghasilkan resume sendiri mengikut templete daripada canva.com yang menarik.

Aktiviti 

Peserta diajar menggunakan web canva.com untuk mencipta layout resume sendiri. Sebelum peserta diajar membuat resume, pelajar diwajibkan mencipta email dahulu sebelum membuka canva.com dengan adanya canva,com memudahkan peserta membuat resume dengan cepat dan menarik.

Gambar Disini