Tarikh & Hari | : | 07 Jun 2022 (Selasa) |
Masa | : | 10.00 pagi - 12.00 tengahari |
Lokasi | : | PEDi Kanchong Darat |
Peserta | : | 2 Orang |
Tujuan |
Mempromosikan perkihdmatan dan keberadaan Pusat Internet Komuniti Kanchong Darat. Seterusnya mempelajari cara mendaftar perniagaan secara online di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Selain itu dapat mengembangkan perniagaan usahawan tempatan. |
Aktiviti |
Pendaftaran lesen SSM menggunakan sistem EZBIZ sangat pantas dengan hanya mengikut langkah pertama iaitu renewal selection, langkah kedua business detail, langkah ketiga make payment dan langkah yang keempat iaitu print sijil SSM. |
Tarikh & Hari | : | 03 Jun 2022 (Jumaat) |
Masa | : | 3.00 petang - 5.00 petang |
Lokasi | : | PEDi Kanchong Darat |
Peserta | : | 2 Orang |
Tujuan |
Aplikasi Tiktok kini menjadi salah satu platform sosial media yang cukup popular di kalangan masyarakat dunia. Tiktok adalah sebuah aplikasi jejaring sosial dan platform video muzik dimana pengguna boleh membuat, mengedit video klip pendek lengkap dengan filter dan disertai muzik sebagai latar belakang. |
Aktiviti |
Petugas akan mengajar cara untuk meningkatkan followers di Tiktok, cara untuk membuka akaun, merekod video dan mengedit video. Aplikasi Tiktok bukan sahaj media sosial biasa, pengguna juga boleh mempromosikan produk di aplikasi Tiktok. |
Tarikh & Hari | : | 23 May 2022 (Isnin) |
Masa | : | 3.30 petang - 5.30 petang |
Lokasi | : | PEDi Kanchong Darat |
Peserta | : | 1 orang |
Tujuan |
Seorang wanita menghadirkan diri ke PEDi Kanchong Darat bagi mendaftarkan diri mereka untuk nikah di negeri Selangor. Proses untuk menikah di negeri Selangor adalah permohon dan pasangan perlu memohon melalui sistem iaitu sspim.gov.my. Bakal pengantin lelaki dan wanita masing-masing perlu memiliki akuan tersendiri untuk menggunakan sistem ini. |
Aktiviti |
Petugas memberikan penerangan berkenaan penggunaan sistem nikah, cerai dan rujuk melalui laman sesawang sspim.gov.my iaitu pemohon perlu mengambil tahu kata nama dan laluan sama ada menulis di kertas atau menyimpannya di telefon bagi memudahkan pemohon pada masa hadapan. Setelah berjaya mendaftarkan diri melalui sistem, pemohon dan pasangan mengisi maklumat yang diperlukan oleh sistem, Dan setelah siap mengisi, mereka dikehendaki untuk mencetak borang permohonan pernikahan tersebut. |
Tarikh & Hari | : | 24 May 2022 (Selasa) |
Masa | : | 10.00 pagi - 12.00 tengahari |
Lokasi | : | PEDi Kanchong Darat |
Peserta | : | 4 Orang |
Tujuan |
Tujuan laihan diadakan adalah untuk membantu peniaga atau peserta menggunakan e-commerce sebagai satu platform bagi pertandingan usahawan digital. Penerangan mengenai pertandingan usahawan digital dan juga pendedahan mengenai jualan dalam talian di Kiah Store. |
Aktiviti |
Peserta diberi bimbingan dengan lebih jelas tentang pemasaran melalui E-commerce Kiah Store. Belajar cara memasuki gambar, cara penghantaran, akaun bank bagi Kiah Store. Peserta teruja dan bersemangat dengan adaya e-commerce yang mudah dan cepat. |
Tarikh & Hari | : | 22 May 2022 (Ahad) |
Masa | : | 4.00 petang - 4.30 petang |
Lokasi | : | PEDi Kanchong Darat |
Peserta | : | 2 Orang |
Tujuan |
Bengkel ini dijalankan bertujuan mencabar minda peserta dan pengetahuan peserta berkaitan permainan pembelajaran. Membantu peserta untuk belajar dengan cara yang menarik. Seterusnya menarik minat peserta untuk belajar dan mengulang kaji pelajaran perkara berkaitan dengan pembelajaran sekolah dalam bentuk permainan dan kuiz. |
Aktiviti |
Peserta diminta untuk membuka laman sesawang berkaitan. Seterusnya peserta diminta untuk menjawab soalan-soalan kuiz yang disediakan di laman tersebut. Keputusan bagi soalan kuiz tersebut secara automatik akan dipaparkan dipapan layar dihadapan. Selepas kuiz dijalankan peserta diminta untuk membuka laman sesawang untuk pembelajaran kuiz. |