Tarikh & Hari | : | 11 May 2022 (Rabu) |
Masa | : | 2.00 petang - 4.00 petang |
Lokasi | : | PEDi Kanchong Darat |
Peserta | : | 10 Orang |
Tujuan |
Untuk memberi penerangan dan fahaman kepada peserta kelebihan cara berniaga dengan mengunakan aplikasi business. Tujuan bengkel ini juga memudahlan peserta untuk berurusan dengan pembeli. ICT adalah penggunaan medium dan kaedah teknologi komputer. Peserta di dedahkan dengan penggunaan teknologi seperti penggunaan komputer dan internet sebagai salah satu cara pembelajaran alternatif. |
Aktiviti |
Peserta menyertai bengkel secara atas talian dengan tajuk kemahiran dalam perniagaan. Penceramah membuka sebarang pertanyaan kepada peserta jika ada yang tidak faham mengenai penerangan itu. Aktiviti yang dijalankan adalah kelas asas ICT iaitu membuat e-dagang melalui aplikasi Whatsapp business. Peserta adalah daripada penduduk setempat. Peserta diajar cara-cara menggunakan teknologi komputer dan internet untuk membuat transaksi perniagaan daripada aplikasi business di telefon ke PC secara atas talian. |
Tarikh & Hari | : | 09 May 2022 (Isnin) |
Masa | : | 10.00 pagi - 12.00 tengahari |
Lokasi | : | Pusat Internet Kanchong Darat |
Peserta | : | 1 Orang |
Tujuan |
Seorang wanita telah datang ke Pusat Internet Ekonomi Digital (PEDi) untuk membuat akaun Gmail. Tujuan bengkel ini diadakan bertujuan untuk membantu setiap peserta supaya membuat satu email bertujuan untuk pendaftaran perniagaan ssm. |
Aktiviti |
Bengkel dimulai dengan create account Gmail, setelah selesai sesi kedua dimulai dengan menerangkan cara menggunakan email tersebut seperti menghantar email, membaca email dan membalas email bagi memudahkan peserta membuat pendaftaran perniagaan secara online. |
Tarikh & Hari | : | 16 April 2022 (Sabtu) |
Masa | : | 11.30 pagi - 12.30 tengahari |
Lokasi | : | Pusat Internet Kanchong Darat |
Peserta | : | 2 orang |
Tujuan |
Pusat Internet Kanchong Darat telah mengadakan kelas asas ICT yang berasaskan belajar menaip secara online dan belajar bergerakkan mouse. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 2 orang pelajar sekolah rendah, tujuan kelas diadakan bagi mengasah lagi kemahiran peserta-peserta dalam menggunakan keyboard dan mouse. |
Aktiviti |
Peserta-peserta diberi tunjuk ajar oleh petugas cara menggunakan keyboard dan mouse. Peserta mulanya membuka laman sesawang ABCmouse dan mengikut arahan yang telah diberikan oleh laman sesawang. Kemudian, peserta belajar menaip di laman sesawang typingclub peserta hanya perlu menekan satu persatu huruf yang terdapat di laman tersebut dengan cepat dan tanpa salah. Petugas turun membantu peserta-peserta. |
Tarikh & Hari | : | 18 April 2022 (Isnin) |
Masa | : | 3.00 petang - 5.00 petang |
Lokasi | : | Pusat Internet Kanchong Darat |
Peserta | : | 2 Orang |
Tujuan |
Bengkel ini diadakan bertujuan untuk membantu ibubapa yang ingin mendaftar anak mereka ke tahun 1 untuk sesi 2023/2024. Pusat Internet Ekonomi Digital (PEDi) mengambil insiatif untuk mengadakan satu bengkel pendaftaran tahun 1. |
Aktiviti |
Petugas Pusat Internet menerangkan cara pengisian pendaftaran tersebut. Petugas PEDi menerangkan terperinci untuk bahagian kesihatan yang perlu ibubapa mengisi. Petugas menerangkan cara untuk mencipta kata laluan yang diperlukan. Memberi pendedahan kepada ibubapa yang tidak mahir dalam IT kepada pengenalan ICT kepada mereka. Memberi pendedahan kepada cara pengisian pendaftaran secara atas talian. Melahirkan pengguna yang celik ICT dikalangan ibubapa. |
Tarikh & Hari | : | 16 April 2022 (Sabtu) |
Masa | : | 10.30 pagi - 11.30 pagi |
Lokasi | : | NADI Kanchong Darat |
Peserta | : | 1 Orang |
Tujuan |
Bengkel ini dijalankan bertujuan mencabar minda peserta dan pengetahuan peserta berkaitan subjek Bahasa Inggeris. Membantu peserta untuk belajar dengan cara yang menarik. Seterusnya menarik minat peserta untuk belajar dan mengulang kaji pelajaran perkara berkaitan dengan pembelajaran sekolah dalam bentuk permainan dan kuiz. |
Aktiviti |
Peserta diminta untuk membuka laman sesawang berkaitan. Seterusnya mereka diminta untuk menjawab soalan-soalan kuiz yang disediakan di laman tersebut. Keputusan bagi soalan kuiz tersebut secara automatik akan dipaparkan dipapan layar dihadapan. Selepas kuiz dijalankan peserta diminta untuk membuka laman sesawang untuk pembelajaran Bahasa Inggeris. |