Tarikh & Hari | : | 22 Ogos 2020 (Sabtu) |
Masa | : | 3.00 petang - 5.00 petang |
Lokasi | : | Pusat Internet Kanchong Darat |
Peserta | : | 11 orang |
Tujuan |
Seramai 11 pelajar sekolah rendah telah hadir ke Pusat Internet Kanchong Darat bagi mempelajari cara membuat poster dengan mudah dan cepat. Tujuan peserta hadirkan bertujuan untuk membuat poster dengan mudah dan senang dengan cara atas talian, bukan itu sahaja dengan mempelajarinya peserta dapat membuat sendiri mengikut desgin yang dikehendaki. |
Aktiviti |
Peserta hanya perlu membuka laman sesawang Postermywall kemudian, peserta hanya perlu memilih design dan templet yang telah tersediakan didalam laman sesawang tersebut. Peserta perlu masukkan maklumat-maklumat yang ingin dijadikan poster setelah itu, peserta perlu memuat naik poster yang telah siap hanya memilih Free Dwonload. Peserta juga diberi tunjuk ajar oleh petugas-petugas pusat internet. |
Tarikh & Hari | : | 22 Ogos 2020 (Sabtu) |
Masa | : | 10.00 pagi - 1.00 petang |
Lokasi | : | Pusat Internet Kanchong Darat |
Peserta | : | 8 Orang |
Tujuan |
Pada 22 Ogos 2020 Pusat Internet Kanchong Darat bersama kerjasama dengan MPKK Kampung Kelanang telah mengadakan Adobe Photoshop CS6, di mana pada bengkel ini peserta diajar mengenai asas dalam design menggunakan Adobe Photoshop cs6. |
Aktiviti |
Para peserta diajar mengenal asas Adobe Photoshop cs6 berasaskan modul yang disediakan. Dalam sesi pembelajaran pertama peserta diajar untuk menentukan size seperti Banner,poster dan sebagainya serta membuat background untuk sesi pembelajaran seterusnya peserta diajar pelbagai modul lagi seperti manipulasi gambar dan teknik yang lebih advanced. |
Tarikh & Hari | : | 18 Ogos 2020 (Selasa) |
Masa | : | 10.00 pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi | : | Pusat Internet Kanchong Darat |
Peserta | : | 1 Orang |
Tujuan |
Kelas ini diadakan untuk mengingati setiap huruf dan nombor disamping menguji minda serta melatih kemahiran kanak-kanak untuk berfikir secara pantas. Kelas ini diadakan untuk memberi pendedahan tentang Google Images untuk digunakan sebagai pembelajaran. |
Aktiviti |
Petugas membuat aktiviti mengenal huruf dengan berdasarkan Google Images supaya dapat mengingati setiap huruf dan nombor yang dipaparkan di Google Images tersebut dengan baik. |
Tarikh & Hari | : | 19 Ogos 2020 (Rabu) |
Masa | : | 3.00 petang - 5.00 petang |
Lokasi | : | Pusat Internet Kanchong Darat |
Peserta | : | 1 Orang |
Tujuan |
Pusat Internet Kanchong Darat mengadakan Bengkel shopee secara atas talian. Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan mengenai cara menggunakan aplikasi shopee kepada peserta sejurus memberikan peserta ilmu pengetahuan asas untuk mengajar kepada usahawan yang berminat bengkel asas shopee. |
Aktiviti |
Peserta diberi penerangan secara jelas tentang teknik menggunakan shopee, pendaftaran akuan, pemasaran produk, muat naik produk dan banyak lagi ilmu asas perniagaan menggunakan shopee. |
Tarikh & Hari | : | 16 Ogos 2020 (Ahad) |
Masa | : | 10.00 pagi - 12.00 tengahari |
Lokasi | : | Pusat Internet Kanchong Darat |
Peserta | : | 1 Orang |
Tujuan |
Seorang kanak-kanak bersama ibunya hadir ke Pusat Internet kerana ibunya mempunyai tugasan yang perlu disiapkan dengan menggunakan komputer dan internet di Pusat Internet. Sementara menunggu petugas memberikan aktiviti kepada anaknya. |
Aktiviti |
Antara aktiviti yang diberikan ialah membuat seni kraftangan dengan menggunakan paper dan berasaskan youtube. Peserta juga diberi peluang untuk mempelajari latih tubi pra sekolah di Google Image. |