Ringkasan kes positif COVID-19 di Malaysia 14 Mac 2020.

 

1. 41 kes baru iaitu :-

a)37 berkait kes kluster Sri Petaling,

b)3 kes kontak rapat kepada kes kluster kes-33

c)1 kes mempunyai sejarah perjalanan ke Iran.

2. Semua 238 kes termasuk 35 yg telah sembuh.

3. 5 kes di ICU.

Sumber : https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/photos/a.10151657414821237/10156822873486237/?type=3&theater

CoVid-19 15Mac20201

 


 

hfmd 
 
Penyakit HFMD mudah menjangkiti orang lain terutamanya kanak-kanak di premis tempat tumpuan mereka seperti taska dan tadika. Bilangan kes HFMD dijangka akan terus meningkat kerana kesedaran dan keprihatinan ibu bapa membawa anak yang mengalami gejala HFMD berjumpa pengamal perubatan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan. Ini menyebabkan peningkatan kes kerana HFMD adalah penyakit yang perlu dinotifikasikan kepada pihak kesihatan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Bagi tahun 2018, sehingga hari ini tiada kematian disebabkan HFMD atau enterovirus 71 (EV71) dilaporkan di Malaysia. 
 

Pihak KKM ingin mengingatkan orang ramai, khususnya ibu bapa, pengusaha taska/tadika/pra-sekolah serta pihak sekolah terlibat untuk:

1.  tidak membawa anak yang dijangkiti HFMD ke tempat-tempat awam / sekolah / taska / tadika / pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan; 
2.  bawalah anak ke fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya menunjukkan gejala HFMD.
3. sentiasa mengamalkan budaya mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan selepas menyentuh / merawat lepuh;
4. membersihkan alatan mainan dan perkakasan yang digunakan oleh kanak-kanak serta lantai rumah termasuk tandas dengan menggunakan larutan campuran kloroks;
5. memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul; dan
6. membuat saringan di pintu masuk bagi memastikan kanak-kanak tiada tanda-tanda jangkitan HFMD sebelum masuk ke kelas
Penerangan kluster kes COVID-19 perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling Kuala Lumpur, 14 March 2020.

Seramai 4,942 peserta yang telah menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling telah berjaya dikenalpasti sehingga jam 7 petang tadi.

Jumlah kumulatif kes yang disahkan dijangkiti COVID-19 yang berkaitan perhimpunan tersebut sehingga ke hari ini adalah 77 kes dan mengikut pecahan negeri :-

a)Sabah 26 kes;
b)Negeri Sembilan 11 kes;
c)Sarawak 6 kes;
d)Johor 5 kes;
e)Melaka 5 kes;
f)Selangor 5 kes;
g)Pulau Pinang 5 kes;
h)Kelantan 3 kes;
i)Perak 2 kes;
j)WP Labuan 2 kes;
k)Pahang 2 kes;
l)Kedah 2 kes;
m)WP KL & Putrajaya 2 kes; dan
n)Perlis 1 kes.

Kesemua 77 kes ini masih dirawat di hospital.
Satu kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan dalam keadaan stabil.

Tahniah dan terima kasih kepada pasukan petugas KKM di lapangan.

Sumber :https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/photos/a.10151657414821237/10156822961941237/?type=3&theater

CoVid-19 15Mac2020

 

 

 

 

 

PosterKOSPEN SaringanKesihatan

Anda ingin mengetahui tekanan darah, kandungan gula dalam darah, dan BMI anda? Kami ada menawarkan perkhidmatan saringan kesihatan secara percuma! Saringan kesihatan boleh dilakukan pada setiap hari 9 pagi - 6 petang.