Tarikh & Hari | : | 21 April 2021 (Rabu) |
Masa | : | 3.00 petang - 5.00 petang |
Lokasi | : | Pusat Internet Kanchong Darat |
Peserta | : | 2 Orang |
Tujuan |
2 orang pelajar sekolah menengah hadir ke Pusat Internet untuk mencari maklumat mengenai tugasan sekolah dalam mata pelajaran sejarah. Peserta diajar cara-cara mengenali enjin carian yang sering digunakan antaranya ialah Google Chrome dan lain-lain. |
Aktiviti |
Para peserta diajar cara-cara menggunakan enjin carian dengan betul. Mencari dan mengumpul maklumat yang dikehendaki dan membuat salinan ke dalam kertas tugasan yang disediakan. |
Tarikh & Hari | : | 19 April 2021 (Isnin) |
Masa | : | 3.00 petang - 5.00 petang |
Lokasi | : | Pusat Internet Kanchong Darat |
Peserta | : | 1 Orang |
Tujuan |
Untuk memberi latihan asas pembangunan laman web kepada peserta serta dapat meningkatkan promosi Pusat Internet di kalangan komuniti. Selain itu dapat membantu peserta dalam membuat posting di laman web untuk mempromosikan tempat menarik di daerah Kuala Langat. |
Aktiviti |
Penerangan mengenai tajuk dan tujuan pembelajaran laman web Wordpress serta penerangan cara membuat posting baru dan cara tetapan yang perlu dilakukan. Petugas memberi penerangan format yang perlu dipatuhi dalam menghasilkan laman web yang menarik dan sesi soal jawab untuk meningkatkan kefahaman peserta. |
Tarikh & Hari | : | 17 April 2021 (Sabtu) |
Masa | : | 10.00 pagi -12.00 tengahari |
Lokasi | : | Pusat Internet Kanchong Darat |
Peserta | : | 1 Orang |
Tujuan |
Mempelajari cara-cara membuat permohonan kemasukkan ke Tingkatan 1 sekolah berasrama penuh secara atas talian. |
Aktiviti |
Memberi penerangan tentang cara-cara membuat permohonan sekolah berasrama penuh untuk kemasukkan Tingkatan 1 dan maklumat yang diperlukan untuk melengkapkan permohonan tersebut. Peserta berjaya membuat permohonan persekolahan tersebut dengan baik dan mengisi kesemua maklumat yang diperlukan dengan lengkap. |
Tarikh & Hari | : | 18 April 2021 (Ahad) |
Masa | : | 3.00 petang - 5.00 petang |
Lokasi | : | Pusat Internet Kanchong Darat |
Peserta | : | 1 Orang |
Tujuan |
Memberi pengenalan kepada peserta tentang cara-cara menggunakan Microsoft Office Word. Menambah ilmu pengetahuan tentang ICT dan penggunaan komputer. Untuk memudahkan peserta menyiapkan tugasan yang perlu menggunakan perisian Microsoft Office Word. |
Aktiviti |
Peserta dikehendaki membuka Microsoft Word didalam komputer. Pentugas mempekenalkan fungsi-fungsi asas yang terdapat di dalam Microsoft Word. Latihan Microsoft diteruskan dengan menulis pengenalan diri masing-masing. Petugas akan memastikan semua peserta dapat menaip dengan baik dan menguasai asas Microsoft Word. |
Tarikh & Hari | : | 13 April 2021 (Khamis) |
Masa | : | 3.00 petang - 4.00 petang |
Lokasi | : | Pusat Internet Kanchong Darat |
Peserta | : | 1 Orang |
Tujuan |
Tujuan adalah untuk memastikan pengguna dari kalangan komuniti ini dapat mengisi permohonan nikah secara online. Ia telah dibantu dengan jayanya oleh petugas. |
Aktiviti |
Di dalam slot ini, pengguna telah mengisi secara dalam talian borang permohonan nikah online. Pengguna perlu mengisi 4 ruangan maklumat bakal pengantin lelaki, bakal pengantin perempuan, maklumat wali dan maklumat perkahwinan. |