Tarikh & Hari  21 March 2021 (Ahad)
Masa  3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi  Pusat Internet Kanchong Darat 
Peserta  4 Orang 

 

Tujuan 

Seramai 4 orang pelajar sekolah menengah telah datang ke Pusat Internet kerana mencari maklumat bagi tugasan sekolah yang diberi oleh gurunya. Dengan adanya kemudahan internet di Pusat Internet pelajar tersebut dapat membuat pencarian maklumat dengan menggunakan google search.

Aktiviti 

Pelajar tersebut telah diberi tugasan oleh guru mereka dan pelajar harus mencari maklumat yang berkaitan dengan membuka Google Search dan mencarinya. Setelah maklumat siap dicari pelajar perlu mecatatkan maklumat tersebut di Microsoft Word untuk dicetak dan disimpan. Petugas juga turut membantu pelajar tersebut bagi memudahkan pelajar menyiapkan tugasnya.

Gambar Disini


 

Tarikh & Hari  20 March 2021 (Sabtu)
Masa  10.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi  Pusat Internet Kanchong Darat 
Peserta  1 Orang 

 

Tujuan 

Membantu peserta menggunakan Google Meet untuk tujuan pembelajaran seperti kelas subjek bahasa english dan pembentangan secara atas talian.

Aktiviti 

Setiap peserta yang menggunakan Google Meet perlulah mempunyai akuan Gmail. Selepas itu, peserta diberikan link untuk memulakan Google Meet. Disamping itu, juga petugas memberi penerangan berkenaan fungsi yang terdapat didalam Google Meet tersebut.

Gambar Disini


 

Tarikh & Hari  16 March 2021 (Selasa)
Masa  10.00 pagi - 11.00 pagi
Lokasi  Pusat Internet Kanchong Darat 
Peserta  1 Orang 

 

Tujuan 

E-pembelajaran bahasa inggeris ini dilakukan bertujuan mengajar peserta mengenali sebutan nama warna dan ejaan dalam bahasa inggeris. Selain itu, peserta juga dapat menguji minda dengan latihan kuiz diberi oleh petugas.

Aktiviti 

Petugas memberi tanyangan video nama-nama warna peserta dan membuat sebutan sambil melihat tanyangan video. Selepas itu, peserta diberi tugasan untuk menguji minda untuk mengingati apa yang dipelajari.

Gambar Disini


 

Tarikh & Hari  18 March 2021 (Khamis)
Masa  10.00 pagi - 11.00 pagi
Lokasi  Pusat Internet Kanchong Darat 
Peserta  1 Orang 

 

Tujuan 

E-pembelajaran bahasa inggeris ini dilakukan bertujuan mengajar peserta untuk bahasa inggeris drag&drop numbers. Selain itu, peserta juga dapat menguji minda dengan latihan kuiz diberi oleh petugas.

Aktiviti 

Petugas memberi tanyangan video mengenai drag&drop didalam bahasa inggeris. Selepas itu, peserta diberi tugasan untuk menguji minda untuk mengingati apa yang dipelajari.

Gambar Disini


 

Tarikh & Hari  13 March 2021 (Sabtu)
Masa  3.00 petang - 4.00 petang
Lokasi  Pusat Internet Kanchong Darat 
Peserta  1 Orang 

 

Tujuan 

Bengkel pembelajaran kali ini adalah bertujuan untuk mengenali diri sendiri didalam bahasa melayu. Bengkel ini dapat memberi pendedahan yang lebih baik dan mudah untuk difahami kepada peserta.

Aktiviti 

Dengan adanya laman sesawang Youtube peserta hanya perlu menaip beberapa perkataan anggota badan seperti tangan, kaki dan lain-lain untuk dipelajari. Didalam Youtube akan dimainkan video dan ia boleh memudahkan lagi peserta untuk menghafal huruf dan nombor tersebut.

Gambar Disini