Tarikh & Hari  12 April 2021 (Rabu) 
Masa  10.00 pagi -12.00 tengahari
Lokasi  Pusat Internet Kanchong Darat 
Peserta  2 Orang 

 

Tujuan 

Menambahkan dan memberi pendedahan kepada peserta dan menguasai tentang cara-cara untuk mereka resume menggunakan web canva.com dan menghasilkan resume sendiri mengikut templete daripada canva.com yang menarik.

Aktiviti 

Peserta diajar menggunakan web canva.com untuk mencipta layout resume sendiri. Sebelum peserta diajar membuat resume, pelajar diwajibkan mencipta email dahulu sebelum membuka canva.com dengan adanya canva,com memudahkan peserta membuat resume dengan cepat dan menarik.

Gambar Disini


 

Tarikh & Hari  11 April 2021 (Selasa) 
Masa  3.00 petang - 4.00 petang
Lokasi  Pusat Internet Kanchong Darat 
Peserta  1 Orang 

 

Tujuan 

Kelas ini diadakan untuk mengingati setiap huruf dan nombor disamping menguji minda serta melatih kemahiran kanak-kanak untuk berfikir secara pantas. Kelas ini diadakan untuk memberi pendedahan tentang aplikasi Youtube untuk digunakan sebagai pembelajaran.

Aktiviti 

Petugas membuat aktiviti mengenal huruf dengan berdasarkan aplikasi Youtube supaya dapat mengingati setiap huruf dan nombor yang dipaparkan di aplikasi Youtube tersebut dengan baik.

Gambar Disini


 

Tarikh & Hari  08 April 2021 (Khamis) 
Masa  3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi  Pusat Internet Kanchong Darat 
Peserta  1 Orang 

 

Tujuan 

Memberi tunjuk ajar dan melatih cara editing gambar menggunakan Microsoft Publisher. Peserta diberikan tugasan tentang percutian di pantai.

Aktiviti 

Peserta akan diajar mengenali Microsoft Publisher dan cara menggunakanya. Kemudian, gambar disediakan dalam komputer dan peserta akan diajar cara editing gambar menggunakan Microsft Publisher. Peserta juga bebas menghasilkan gambar baru mengikut cara masing-masing.

Gambar Disini


 

Tarikh & Hari  11 April 2021 (Ahad) 
Masa  10.00 pagi - 11.00 pagi
Lokasi  Pusat Internet Kanchong Darat 
Peserta  1 Orang 

 

Tujuan 

Bengkel ini dihadiri oleh seorang pelajar sekolah rendah tahun 1. Tujuan bengkel ini diadakan supaya pelajar dapat menghafal Surah An Nas melalui Youtube. Dengan ini dapat membantu pelajar sekolah mencari video berkenaan dengan pembelajaran di sekolah. Selain itu membantu mencari video ilmuan dan mendapat pengetahuan luas.

 

Aktiviti 

Peserta membuka laman sesawang Youtube dan membuka Surah An Nas untuk membaca dan menghafal dibantu oleh petugas.

Gambar Disini


 

Tarikh & Hari  07 April 2021 (Rabu) 
Masa  10.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi  Pusat Internet Kanchong Darat 
Peserta  4 Orang 

 

Tujuan 

Seramai 4 orang peserta telah mengadakan online kelas untuk meminta petugas membantunya asas Ms Word Office. Kelas ini dimulakan dengan memperkenalkan komputer dan fungsinya. Peserta juga diajar menggunakan Ms Word Office dan kepentinganya kelas mengfokuskan asas setiap Ms Word kepada peserta.

Aktiviti 

Peserta juga mempelajari cara membuat folder di Dekstop, membuat surat rasmi, surat tidak rasmi, menaip artikal, membuat jadual dan menukar jenis font dan saiznya dengan bantuan petugas Pusat Internet.

Gambar Disini