Tarikh & Hari  05 March 2021 (Jumaat)
Masa  3.00 petang - 4.30 petang
Lokasi  Pusat Internet Kanchong Darat 
Peserta  13 Orang 

 

Tujuan 

Menerangkan tentang kepentingan E-Wallet kepada usahawan & perniagaan serta kelebihannya. Dunia kewangan sekarang telah berubah tanpa wang tunai. Pusat Internet ingin menyahut seruan kerajaan dalam menggunakan E-Wallet sebagai platform terkini dalam bidang kewangan.

Aktiviti 

Petugas menyelaraskan peserta menggunakan dan pendaftaran E-Wallet. Petugas tunjuk ajar cara menggunakan E-Wallet. Memberi tunjuk ajar tentang cara pendaftaran. Memberi penerangan mengenai kelebihan dan kepentingan E-Wallet. Membuat sesi soal jawab.

Gambar Disini


 

Tarikh & Hari  04 March 2021 (Khamis)
Masa  10.00 pagi - 11.30 pagi
Lokasi  Pusat Internet Kanchong Darat 
Peserta  13 Orang 

 

Tujuan 

Pusat Internet Kanchong Darat telah mengadakan aktiviti secara atas talian. Ini adalah inisiatif baru bagi memudahkan peserta mengikuti aktiviti yang dijalankan oleh petugas. Ia bertujuan memberi kesedaran kepada peserta mengenai kelas dan soalan-soalan yang disediakan. Bengkel secara atas talian ini sangat mudah digunakan bagi peserta yang sentiasa ada dirumah.

Aktiviti 

Peserta perlu menjawab semua soalan yang terdapat di dalam Google Form. Setiap slot mempunyai 10 soalan besertakan penerangan mengenai setiap tajuk yang di sampaikan. Peserta perlu menjawab soalan terkumpul dari slot 1 hingga slot 10. Soalan yang diberikan berdasarkan perkembangan terkini sahaja.

Gambar Disini


 

Tarikh & Hari  01 March 2021 (Isnin)
Masa  4.00 petang - 5.00 petang
Lokasi  Pusat Internet Kanchong Darat 
Peserta  1 Orang 

 

Tujuan 

Seorang pelajar sekolah tahun 1 datang ke Pusat Internet bersama ibunya. Peserta menemani ibunya membuat tugasan pada masa yang sama peserta membuat latih tubi dalam subjek Pendidikan Jasmani dalam senaman asas. 

Aktiviti 

Peserta menjadikan laman sesawang Youtube sebagai rujukan untuk mempelajari senaman asas dalam pendidikan jasmani. Melalui youtube peserta dapat mempelajarinya dengan lebih lancar dan mudah dengan dibantu oleh petugas pusat internet.

Gambar Disini


 

Tarikh & Hari  03 March 2021 (Rabu)
Masa  10.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi  Pusat Internet Kanchong Darat 
Peserta  1 Orang 

 

Tujuan 

Untuk Facebook live streaming ini dilakukan bertujuan untuk mengajar peserta cara membuat jualan online menggunakan Facebook live dan membolehkan peserta berinteraksi dengan pelanggan secara atas talian dengan lebih meluas.

Aktiviti 

Petugas menerangkan kelebihan Facebook live streaming dalam sektor perniagaan usahawan dan meminta peserta mendaftar masuk ke akaun Facebook dan mengaktifkan Facebook live panduan petugas. Petugas menunjukkan cara set tetapan dengan meletakkan tajuk, masa, butiran dan privasi live streaming didalam Facebook.

Gambar Disini


 

Tarikh & Hari  24 Febuari 2021 (Rabu)
Masa  4.00 petang - 5.00 petang
Lokasi  Pusat Internet Kanchong Darat 
Peserta  1 Orang 

 

Tujuan 

Peserta diberikan tugasan latih tubi untuk melakukan tugasan ejaan bahasa melayu dengan menggunakan laman sesawang Youtube. Tujuan bengkel ini diadakan bertujuan untuk membantu peserta mahir dan lancar ejaan.

Aktiviti 

Peserta telah diajar kaedah untuk membuka laman sesawang Youtube oleh petugas dan disamping itu peserta diterapkan agar melihat/mencari pengisian yang berfaedah di laman Youtube.

Gambar Disini