Tarikh & Hari | : | 03 Febuari 2021 (Rabu) |
Masa | : | 3.00 petang - 5.00 petang |
Lokasi | : | Pusat Internet Kanchong Darat |
Peserta | : | 1 Orang |
Tujuan |
Bengkel ini bertujuan bagi membantu para komuniti yang menghadapi masalah capaian internet untuk mengisi permohonan secara online Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021. Bengkel ini juga bertujuan bagi menjadikan PIK Kanchong Darat sebagai platform di kawasan komuniti dan menyampaikan fungsi PIK kepada komuniti setempat. |
Aktiviti |
Peserta PIK membuat temujanji dengan petugas untuk hadir ke PIK dan petugas telah membantu peserta bagaimana untuk mengisi secara online bagi permohonan Bantuan Prihatin Rakyat tersebut. Secara keseluruhannya, petugas tetap memastikan para ahli yang hadir ke PIK untuk mematuhi SOP sepanjang tempoh PKP dilaksanakan. |
Tarikh & Hari | : | 01 Febuari 2021 (Isnin) |
Masa | : | 10.00 pagi - 11.30 pagi |
Lokasi | : | Pusat Internet Kanchong Darat |
Peserta | : | 13 Orang |
Tujuan |
Bengkel kali ini bertujuan untuk mengajar para peserta membina Slide Animation yang menarik dan kreatif dengan menggunakan telefon android mengikut inspirasi masing-masing. Peserta turut diberikan bimbingan untuk memilih tema grafik dan lukisan yang berpadanan dengan idea asal peserta. |
Aktiviti |
Para peserta diajar beberapa asas multimedia dan grafik sebelum memulakan bengkel. Seterusnya peserta memilih tema grafik animation yang hendak dihasilkan. Selepas siap pemilihan tersebut, peserta akan melihat hasil dan menyimpan hasil kerja peserta. |
Tarikh & Hari | : | 22 Januari 2021 (Jumaat) |
Masa | : | 10.00 pagi - 12.00 tengahari |
Lokasi | : | Pusat Internet Kanchong Darat |
Peserta | : | 1 Orang |
Tujuan |
Memberi peluang kepada peserta untuk mengisi borang permohonan ke IPT melalui UPU online. Peserta diminta membuka laman web permohonan ke IPTA yang dikehendaki. |
Aktiviti |
Peserta merupakan ahli Pusat Internet Komuniti Kanchong Darat. Peserta telah berjaya ditawarkan tempat dalam IPTA dan peserta hadir untuk menggunakan akses internet untuk mengisi dan mencetak borang permohonan melanjutkan pelajaran ke IPT. Peserta diberi penerangan cara-cara yang betul untuk mencari laman web dan maklumat yang perlu diisi dengan betul (upu.moe.gov.my) |
Tarikh & Hari | : | 24 Januari 2021 (Sabtu) |
Masa | : | 10.00 pagi - 11.30 pagi |
Lokasi | : | Pusat Internet Kanchong Darat |
Peserta | : | 31 Orang |
Tujuan |
Tujuan bengkel di atas talian ini diadakan adalah untuk membantu peserta ini yang dari kalangan komuniti bagi mempelajari sesi pembelajaran dalam talian dengan menggunakan link yang telah diberikan oleh penceramah. Ia telah dibantu dengan jayanya oleh pertuigas. |
Aktiviti |
Di dalam slot ini, penceramah memberi tunjuk ajar kepada peserta cara untuk membuka link tersebut, mengisi maklumat yang minta didalam Google from tersebut, seterusnya peserta menjawab soalan-soalan yang disediakan sebanyak 40 halaman sehingga selesai. |
Tarikh & Hari | : | 18 Januari 2021 (Isnin) |
Masa | : | 10.00 pagi - 12.00 tengahari |
Lokasi | : | Pusat Internet Kanchong Darat |
Peserta | : | 4 Orang |
Tujuan |
Seramai 4 orang usahawan makanan menggunakan PIK Kanchong Darat sebagai platform untuk meneruskan kerjaya dalam masakan. Peserta telah menggunakan kemudahan di PIk untuk mengakses internet dan meneruskan taklimat makanan dengan menggunakan Google Meet Online. Dengan adanya kemudahan ini dapat memudahkan urusan peserta. |
Aktiviti |
Peserta hanya perlu membuka email masing-masing dan menekan link Google Meet yang dibuat untuk terus masuk ke dalam taklimat tersebut. Petugas hanya akan memantau dan membantu peserta bagi melancarkan program tersebut. |