Tarikh & Hari  16 Jun 2020 (Selasa) 
Masa  4.00 petang - 5.00 petang
Lokasi  Pusat Internet Kanchong Darat 
Peserta  1 Orang 

 

Tujuan 

Seorang pelajar IPT sebuah universiti telah hadir ke Pusat Internet untuk menyiapkan video yang telah diberikan kepadanya. Kelas kemahiran komputer ini diadakan untuk belia dari kalangan ahli Pusat Internet Kanchong Darat, bertujuan untuk membantu peserta menambah kemahiran dalam penggunaan pelbagai aplikasi komputer.

Aktiviti 

Peserta belajar cara-cara menggunakan aplikasi Filmora untuk menyunting video. Petugas memberikan tunjuk ajar kepada peserta untuk mencari bahan-bahan seperti gambar, video dan muzik untuk dimasukkan ke dalam video tersebut

Gambar Disini


 

Tarikh & Hari  14 March 2020 (Sabtu) 
Masa  9.00 pagi - 5.00 petang
Lokasi  Pusat Internet Kanchong Darat 
Peserta  14 Orang 

 

Tujuan 

Bengkel akuaponik dan usahawan perakaunan ini berkerjasama dengan kakitangan UPM. Bengkel ini adalah bertujuan untuk memberi ilmu yang mafaat kepada usahawan-usahawan sekitar Kuala Langat.

Aktiviti 

Pengajar memberi pendedahan kepada usahawan-usahawan mengenai sistem akuaponik adalah Akuakultur (ternakan ikan air tawar) dan Hidroponik (kaedah pertanian berasaskan air. Akuakultur dan Hidroponik mempunyai masalah tersendiri dan dengan menggunakan kaedah akuaponik, kedua-dua masalah ini dapat diselesaikan secara serentak dan lebih produktif dalam pengeluaran hasil pertanian dan ternakan.

Gambar Disini

 


 

Tarikh & Hari  11 March 2020 (Rabu) 
Masa  9.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi  Pusat Internet Kanchong Darat 
Peserta  16 Orang 

 

Tujuan 

Pusat Internet Kanchong Darat mengadakan Bengkel Marketing Via Shopee dan seramai 16 orang usahawan dan penjual produk tempatan menyertai bengkel tersebut. Tujuan bengkel ini diadakan untuk mengasah dan memberi lebih mengetahuan kepada usahawan tempatan mengenai Shopee online.

Aktiviti 

Peserta diberi menerangan mengenai pendaftaran akuan jualan shopee, pengajar juga memberi tip dan teknik jualan di shopee dan shopee Feed. Pengajar juga memberi pendedahan kepada peserta tentang asas keusahawanan. Petugas juga turut membantu peserta.

Gambar Disini

 


 

Tarikh & Hari  13 March 2020 (Jumaat) 
Masa  3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi  Pusat Internet Kanchong Darat 
Peserta  17 Orang 

 

Tujuan 

Bengkel asas Adobe Photoshop ini dihadiri oleh 17 orang pelajar sekolah, bengkel ini adalah bertujuan untuk memberi kemahiran kepada para pelajar sekolah menengah akan asas penggunaan perisian tersebut serta belajar bagaimana hendak menghasilkan sebuah grafik atau imej yang menarik untuk hasil kerja mereka. Memberi kesedaran tentang pentingnya komputer pada masa kini kepada golongan pelajar dan pentingnya ilmu ICT.

Aktiviti 

Bengkel dimulakan dengan penerangan cara-cara mengedit grafik atau imej. Peserta diajar mengenai pengenalan asas Adobe Photoshop berdasarkan modul yang disediakan. Dalam sesi pembelajaran pertama ini peserta diajar untuk menentukan size seperti banner,backdrop dan sebagainya serta membuat background. Untuk sesi pembelajaran seterusnya peserta akan diajar pelbagai modul lagi seperti manipuilasi gambar dan teknik yang lebih advanced.

Gambar Disini

 


 

Tarikh & Hari  03 March 2020 (Selasa) 
Masa  3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi  Pusat Internet Kanchong Darat 
Peserta  1 Orang 

 

Tujuan 

Seorang remaja hadir ke Pusat Internet Kanchong Darat kerana ingin mempelajari asas dengan menggunakan Microsoft Office Word. Kelas ini juga dapat memberi pendedahan kepada peserta terhadap Microsoft Word serta membantu peserta menaip dan memudahkan peserta melakukan tugasan tersebut.

Aktiviti 

Peserta hanya perlu tahu format surat yang hendak digunakan didalam Microsoft Word. Petugas akan memberi penerangan tentang cara-cara untuk membuat tugasan yang kemas dan sistematik dengan menggunakan Microsoft Word Office dan kelebihan-kelebihan menggunakan perisian tersebut. Peserta dapat menyediakan tugasan dengan baik dan kemas mengikut format yang betul.

Gambar Disini