Tarikh & Hari : 03 Febuari 2020 (Isnin)
Masa : 10.00 pagi - 5.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Kanchong Darat
Peserta : 4 orang

 

Tujuan

Seramai 4 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan kerajaan dari Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Langat telah mengadakan Bengkel E-BAKAS .Bengkel ini diadakan bertujuan untuk mengemaskini maklumat dan membuat portfolio yang berkaitan dengan kerja peserta bengkel. Dengan adanya kemudahan yang diberikan oleh Pusat Internet para peserta boleh menggunakan aplikasi yang peserta inginkan dengan baik dan lancar.

Aktiviti

Pada permulaan peserta diberikan taklimat terlebih dahulu daripada Ketua yang telah terlatih, peserta diminta untuk membuka laman sesawang dan masukkan ID dan Username yang telah didaftar. Petugas Pusat Internet turun membantu bagi memudahkaan urusan peserta pada hari tersebut.

Gambar Disini

 


 

Tarikh & Hari : 02 Febuari 2020 (Ahad)
Masa : 10.00 pagi - 5.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Kanchong Darat
Peserta : 4 orang

 

Tujuan

Pusat Internet Kanchong Darat telah mengadakan bengkel youtubers yang diajar oleh pengajar berpengalaman. Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada usahwan-usahawan cara mengiklankan produk peserta. Peserta belajar menggunakan internet dan aplikasi komputer.

Aktiviti

 

Peserta belajar cara-cara untuk membuka akuan Youtube dan cara memuat naik video ke platfrom Youtube. Pengajar memberikan penerangan tentang kesalahan memuat naik video hak cipta orang lain.

Gambar Disini

 


 

Tarikh & Hari : 23 Julai 2019 (Selasa)
Masa : 10.00 pagi - 11.00 pagi
Lokasi : Pusat Internet Kanchong Darat
Peserta : 3 orang

 

Tujuan

Peperiksaan Online Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah menjalankan beberapa peperiksaan. Oleh itu, Pusat Internet Kanchong Darat telah menjadi tumpuan komuniti untuk menjalankan peperiksaan online tersebut. Ini kerana kemudahan internet serta capaian yang pantas boleh didapati di Pusat Internet ini.

Aktiviti

Petugas PI Kanchong Darat memberi laluan kepada calon peperiksaan yang turut merupakan ahli komuniti untuk datang awal ke Pusat Internet untuk membuat persediaan. Sepanjang peperiksaan online sedang berlangsung calon sangat berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh petugas.

Gambar Disini


 

Tarikh & Hari : 28 Januari 2020 (Selasa)
Masa : 3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Kanchong Darat
Peserta : 1 orang

 

Tujuan

Seorang wanita hadir ke Pusat Internet untuk membuat pembelian borong secara atas talian menggunakan Aplikasi Taobao.com. Peserta kebanyakkannya menggunakan rangkaian internet untuk berhubung antara pembeli,pengguna dan penjual.

Aktiviti

Peserta akan didedahkan tentang penggunaan internet. Peserta akan menempah barang yang ingin dibeli dan membuat pembayaran secara atas talian, dan barang akan diposkan setelah pembayaran dibuat.

Gambar Disini

 


 

Tarikh & Hari : 18 Januari 2020 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi - 1.00 petang
Lokasi : PEDi Kanchong Darat
Peserta : 13 orang

 

Tujuan

Seramai 13 orang usahawan sekitar Kanchong Darat telah mengadakan Bengkel E-Usahawanan Pemakanan. Usahawan-usahawan yang terlibat kebanyakkan telah ada perniagaan sendiri. Dengan adanya bengkel ini usahawan dapat lagi menambah ilmu mengetahuan dalam bidang pemakanan.

Aktiviti

Penceramah memberi pendedahan kepada peserta mengenai pengurusan makanan, kebersihan makanan, sijil-sijil yang wajib sediakan dan jugak vakzin yang diperlukan kepada usahawan pemakanan. Dengan pendedahan yang diberikan peserta boleh menguruskan perniagaan peserta dengan baik,bersih dan selamat kepada semua pelangan.

Gambar Disini