Tarikh & Hari : 24 Febuari 2020 (Isnin)
Masa : 3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Kanchong Darat
Peserta : 5 orang

 

Tujuan

Bengkel ini dihadiri oleh 5 orang pelajar sekolah rendah untuk pelajarnya mengikuti bengkel Bahasa english menggunakan aplikasi Frog Vle. Disebabkan disekolah yang tidak mempunyai capaian internet yang baik maka pembelajaran bengkel ini dibuat di Pusat Internet Kanchong Darat.

Aktiviti

Petugas Pusat Internet membantu para pelajar yang ingin membuka laman sesawang bagi pelajar yang tidak pandai menggunakannya. Pelajar diajar cara membuka komputer seterusnya membuka aplikasi Frog Vle, segala aktivit pembelajaran adalah berdasarkan aplikasi pembelajaran tersebut.

Gambar Disini

 


 

Tarikh & Hari : 17 Febuari 2020 (Isnin)
Masa : 3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Kanchong Darat
Peserta : 9 orang

 

Tujuan

Seramai 9 orang pelajar tingkatan 5 Sekolah Menengah Unwanus Saadah hadir ke Pusat Internet untuk mempelajari kaedah menghasilkan laporan kewangan untuk dihantar kepada guru.

Aktiviti

Pelajar didedahkan dengan fungsi-fungsi asas di dalam Ms Office Excel dan pelajar diajar oleh Guru. Di samping itu, petugas membantu dalam menunjukkan kepada pelajar sekiranya mereka tidak memahami penggunaan Ms Office Excel. Pelajar juga didedahkan dengan program kesedaran penggunaan internet.

Gambar Disini

 


 

Tarikh & Hari : 06 Febuari 2020 (Khamis)
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi : Pusat Internet Kanchong Darat
Peserta : 3 orang

 

Tujuan

Seramai 3 orang pelajar sekolah telah datang ke Pusat Internet Kanchong Darat untuk belajar membuat surat rasmi, membuat table,cara memuat naik gambar dan cara menyimpan document menggunakan Microsoft Office Word, peserta juga mempelajari asas Powerpint. Tujuan Peserta bukan sahaja dapat menyiapkan tugasan dan slide dengan cepat malah peserta juga dapat mempelajarinya sendiri fungsi-fungsi tool yang terdapat didalam Microsoft Office Word  dan Powerpoint tersebut.

Aktiviti

Peserta mempelajari cara menggunakan Bar Home dan Insert yang boleh membuat table yang dikehendaki. Peserta juga mempelajari membuat surat rasmi. Peserta membuat Table terlebih dahulu dan kemudian kemasukkan teks yang dikehendaki. Petugas turut membantu peserta.

Gambar Disini

 


 

Tarikh & Hari  12 Febuari 2020 (Rabu) 
Masa  10.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi  Pusat Internet Kanchong Darat 
Peserta  1 Orang 

 

Tujuan 

Bengkel ini diadakan bertujuan adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada pelajar mengenai 'design'. Disamping itu juga, dapat melihat sejauh mana tahap kreativiti dan idea peserta tersebut dalam penghasilan sesuatu logo.

Aktiviti 

Petugas Pusat Internet memberi penerangan ringkas kepada pelajar tentang penggunaan perisian 'canva.com'. Peserta diberi taklimat ringkas tentang 'tools' yang ada pada aplikasi tersebut. Selain itu, peserta diajar cara untuk memuat turun gambar dengan cara yang betul.

Gambar Disini

 


 

Tarikh & Hari  04 Febuari 2020 (Selasa) 
Masa  10.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi  Pusat Internet Kanchong Darat 
Peserta  1 Orang 

 

Tujuan 

Seorang remaja hadir ke Pusat Internet Kanchong Darat kerana ingin mempelajari asas dengan menggunakan Microsoft Office Word. Kelas ini juga dapat memberi pendedahan kepada peserta terhadap Microsoft Word serta membantu peserta menaip dan memudahkan peserta melakukan tugasan tersebut.

Aktiviti 

Peserta hanya perlu tahu format surat yang hendak digunakan didalam Microsoft Word. Petugas akan memberi penerangan tentang cara-cara untuk membuat tugasan yang kemas dan sistematik dengan menggunakan Microsoft Word Office dan kelebihan-kelebihan menggunakan perisian tersebut. Peserta dapat menyediakan tugasan dengan baik dan kemas mengikut format yang betul.

Gambar Disini